Mohd Khir, Nur Najihah and Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee and Ahmad Safian, Nursafira (2023) Sejarah Kerajaan Ayyubiyah menurut buku Sejarah Umat Islam karya Hamka. In: Nadwah Ulama Nusantara (NUN) X 2023, 4th - 5th December 2023, Terengganu, Malaysia.
PDF (Full Paper)
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (926kB) | Request a copy |
Abstract
Kerajaan Ayyubiyah merupakan sebuah kerajaan yang diasaskan oleh Salah al-Din al-Ayyubi sebelum berlakunya misi ketenteraan Perang Salib Ketiga yang dilancarkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi. Catatan sejarah membuktikan bahawa terdapat penglibatan kerajaan Ayyubiyah di dalam beberapa siri Perang Salib walaupun setelah kemangkatan Salah al-Din al-Ayyubi. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pentingnya kerajaan Ayyubiyah dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Disebabkan itu, terdapat juga beberapa perbahasan mengenai kerajaan Ayyubiyah dalam beberapa karya sejarah dan tamadun Islam, termasuklah buku Sejarah Umat Islam karya Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka. Buku ini mengandungi maklumat berkaitan sejarah dan tamadun Islam bermula dengan keadaan tanah Arab sebelum kedatangan Islam dan diteruskan dengan situasi semasa kedatangan Nabi Muhammad S.A.W sehingga perkembangan agama Islam di Nusantara. Di dalam buku ini juga terdapat maklumat berkaitan kerajaan-kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W dan perkembangan agama Islam ke negeri-negeri Timur, India, Afghanistan dan juga Turki. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji penulisan sejarah Hamka tentang kerajaan Ayyubiyah. Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui perbahasan dan perbincangan mengenai sejarah kerajaan Ayyubiyah bermula dari keturunan Salah al-Din al-Ayyubi sehingga penglibatan Ayyubiyah di dalam Perang Salib yang dikemukakan oleh Hamka. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualtitatif melalui metode kajian sejarah dan analisis kandungan seperti penelitian terhadap karya Hamka, Sejarah Umat Islam. Hasil kajian mendapati Hamka mempunyai kepakaran dalam penulisan sejarah Islam dan di dalam penulisan sejarahnya juga memaparkan banyak maklumat berkaitan kerajaan-kerajaan Islam dari zaman awal hingga zaman perkembangan di nusantara, termasuk sejarah kerajaan Ayyubiyah. Oleh itu, karya Sejarah Umat Islam merupakan penulisan bahasa Melayu yang membincangkan sejarah Islam secara umum dan secara tidak langsung membuktikan ketokohan Hamka dalam bidang sejarah Islam.
Item Type: | Proceeding Paper (Slide Presentation) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kerajaan Ayyubiyah, Salah al-Din al-Ayyubi, Perang Salib, Hamka, Sejarah Umat Islam |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
Depositing User: | DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN |
Date Deposited: | 30 Dec 2023 22:47 |
Last Modified: | 30 Dec 2023 22:47 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/109423 |
Actions (login required)
View Item |