IIUM Repository

Program sukarelawan mahasiswa wajar beri Impak kepada masyarakat

Ab Rahman, Syakir Amir (2023) Program sukarelawan mahasiswa wajar beri Impak kepada masyarakat. Berita Harian, Komentar (5hb September 2023). p. 11.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (873kB) | Request a copy

Abstract

Institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bukan sahaja berperanan melahirkan graduan 'laris' dalam pasaran kerja, bahkan memiliki kemahiran, pengetahuan dan kepemimpinan. Ini kerana ekosistem pendidikan tinggi berkembang pesat seiring perubahan landskap global dinamik. Rangsangan wilayah ekonomi dan interaksi kemanusiaan kini memberikan impak besar kepada struktur pendidikan tanpa menghilangkan asas dan nilai asal negara. Justeru, IPT mahupun universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan swasta mengambil inisiatif melaksanakan pelbagai program sukarelawan masyarakat. Melalui sukarelawan, mahasiswa dapat meluaskan jaringan sosial, baik dalam kalangan mahasiswa sendiri, komuniti atau pihak industri berpotensi. Dalam cabaran persaingan ekonomi, graduan dengan nilai kompetitif dan berdaya saing menjadi pilihan majikan dan organisasi. Oleh itu, mahasiswa perlu bijak menyeimbangkan antara tuntutan kecemerlangan akademik dengan pengalaman kepemimpinan. Hakikatnya, mahasiswa proaktif dalam aktiviti khidmat sosial dan masyarakat pasti dirujuk mempunyai kepemimpinan baik, empati tinggi, semangat kerja berpasukan dan bertoleransi. Tidak hairanlah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan Program Semarak Siswi Madani bertujuan memperkasa bakat dan kemahiran mahasiswa dalam menangani isu serta masalah komuniti setempat.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 7642/106921
Uncontrolled Keywords: Program sukarelawan mahasiswa, impak masyarakat, pendidikan tinggi, graduan universiti awam
Subjects: BPH Islamic Economics > BPH830.3 Social systems. Urban groups. Cities and towns. Sustainable urban development
L Education > LC Special aspects of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Architecture and Environmental Design
Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Urban & Regional Planning
Depositing User: Dr. Syakir Amir Ab. Rahman
Date Deposited: 21 Sep 2023 14:44
Last Modified: 05 Dec 2023 11:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/106921

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year