IIUM Repository

Pemilihan dan penguasaan bahasa dalam kalangan anak pasangan kahwin campur Orang Asli Jakun

Hussin, Nurul Jannah and Suhaimi, Mohamad Suhaizi (2023) Pemilihan dan penguasaan bahasa dalam kalangan anak pasangan kahwin campur Orang Asli Jakun. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 13 (1). pp. 47-56. ISSN 2289-7208 E-ISSN 2289-9294

[img]
Preview
PDF
Download (307kB) | Preview
[img] PDF
Download (3kB)

Abstract

Kajian ini berfokuskan kepada pemilihan bahasa dan penguasaan bahasa Melayu anak-anak pasangan kahwin campur Orang Asli Jakun di Bukit Ibam, Pahang. Komuniti Orang Asli yang terkenal dengan pengamalan gaya hidup tradisional dilihat semakin terbuka menerima amalan kahwin campur yang semakin menular pada masa kini. Maka, kecenderungan anak-anak pasangan Orang Asli yang berkahwin campur untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi sehari-hari dilihat berada pada tahap yang membimbangkan. Justeru, kajian ini mengaplikasikan Teori Analisis Domain Fishman untuk menilai pemilihan bahasa dan penguasaan bahasa Melayu anak-anak pasangan Orang Asli yang berkahwin campur. Namun, kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada domain kekeluargaan sahaja. Reka bentuk kualitatif digunakan untuk mendapatkan data melalui tiga kaedah iaitu kajian kepustakaan, soal selidik dan temu bual. Sebanyak 14 kata panggilan dalam kekeluargaan disenaraikan untuk melihat pemilihan bahasa anak-anak Orang Asli. Hasil dapatan menunjukkan bahawa anak-anak Orang Asli hasil daripada perkahwinan campur di Bukit Ibam lebih memilih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam komunikasi berbanding bahasa Jakun. Hal ini secara tidak langsung telah mempengaruhi tahap penguasaan bahasa Melayu yang baik dari segi membaca dan menulis. Namun, bahasa Jakun masih digunakan oleh sesetengah individu yang berusaha memelihara kelestarian bahasa Jakun dalam kalangan Orang Asli di Bukit Ibam. Penguasaan bahasa Melayu yang baik perlu dijadikan sebagai pengukur kepada masyarakat Orang Asli yang lain dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Orang Asli; Bahasa Jakun; Kahwin campur; Teori Analisis Domain Fishman; Penguasaan bahasa Melayu
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT1501 Races
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
Date Deposited: 13 Jul 2023 15:17
Last Modified: 13 Jul 2023 15:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105511

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year