Suhaimi, Mohamad Suhaizi and Sharif, Muhammad Ridzwan (2023) Persepsi terhadap penggunaan istilah penyuntingan berbahasa Melayu dalam kalangan pensyarah bidang penerbitan. LSP International Journal, 10 (1). pp. 123-133. E-ISSN 2601–002X
PDF (Article)
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (276kB) | Request a copy |
Abstract
Penggunaan istilah dalam bidang penyuntingan naskhah sering menimbulkan kekeliruan apabila pengguna bahasa perlu memilih sama ada ingin menggunakan bahasa pinjaman atau bahasa Melayuasli. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti istilah-istilah penyuntingan dalam bahasa Melayu asli di samping menganalisis persepsi para pensyarah terhadap penggunaan istilah penyuntingan berbahasa Melayu asli. Kajian ini menggunakan kaedah bertanyakan soalan (naming questions) yang bertumpukan kepada persoalan kajian dalam mengkaji persepsi responden terhadap istilah penyuntingan berbahasa Melayu. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif serta instrumen soal selidik yang melibatkan empat (4) orang pensyarah universiti sebagai responden yang dipilih melalui persampelan bertujuan (purposive sampling)supayabertepatan dengan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengkaji. Dapatan kajian mengenai persepsi seperti ‘menggunakan’, ‘menggalakkan’, ‘faham’ dan ‘sikap’ menunjukkan bahawa istilah penyuntingan berbahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam kalangan responden. Selain itu, kecenderungan responden dalam menggunakan istilah-istilah penyuntingan berbahasa Melayu asli juga memaparkan jumlah yang tinggi. Justeru, para pensyarah dalam bidang penyuntingan bahasa Melayu tidak mempunyai persepsiyang negatif terhadap penggunaan istilah penyuntingan berbahasa Melayu asli.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Persepsi, istilah, penyuntingan, bahasaMelayu, pensyarah |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI |
Date Deposited: | 09 Jun 2023 15:19 |
Last Modified: | 09 Jun 2023 15:22 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105023 |
Actions (login required)
View Item |