IIUM Repository

Demografi remaja wanita bermasalah: kajian analisis terhadap penghuni dua pusat bimbingan, Raudhatus Sakinah dan Dar As-Sa’adah

Ali, Nurul Badriyah and Usman Agung, Ummi Farhah and Ahmad, Siti Hawa (2016) Demografi remaja wanita bermasalah: kajian analisis terhadap penghuni dua pusat bimbingan, Raudhatus Sakinah dan Dar As-Sa’adah. Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 3 (1). pp. 1-17. ISSN 2462-1692 E-ISSN 2289-8042

[img] PDF (Journal) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Umum mengetahui bahawa keruntuhan akhlak remaja mempunyai hubungan rapat dengan demografi remaja itu sendiri dan demografi ibu bapa mereka. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis demografi tersebut bagi meneliti ciri-ciri penghuni rumah pemulihan akhlak sekaligus mengetahui ciri-ciri kebanyakan remaja yang terlibat dengan masalah salahlaku, sebagai salah satu langkah untuk membendung keruntuhan akhlak daripada terus berlaku. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan metode lapangan. Hasil kajian dianalisis menggunakan sistem SPSS22 dengan menggunakan pengiraan kekerapan melalui kadar peratusan. Kajian ini dibataskan kepada dua pusat bimbingan remaja wanita, Raudhatus Sakinah dan Dar As-Saadah pada tahun 2013 dan 2014, dengan jumlah responden seramai 108 orang. Kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian; pertama: demografi responden, kedua: demografi ibu bapa responden, ketiga: analisis demografi responden dan ibu bapa responden. Dapatan dan analisis menunjukkan beberapa persamaan ciri-ciri yang dikenalpasti terdapat pada kebanyakan penghuni kedua-dua pusat bimbingan, antaranya: berasal daripada golongan berpendapatan rendah, penggunaan masa yang tidak berkualiti serta taraf pendidikan remaja dan ibu bapa yang rendah. Kajian ini mencadangkan usaha pelbagai pihak khususnya ibu bapa dan keluarga untuk mendidik remaja dengan nilai kehidupan yang baik sebagai kunci kepada pengurangan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan mereka.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: demografi, remaja wanita bermasalah, Raudhatus Sakinah, Dar As-Sa’adah.
Subjects: BPL Islamic education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: DR SITI HAWA AHMAD
Date Deposited: 15 Mar 2023 12:56
Last Modified: 15 Mar 2023 12:56
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103868

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year