IIUM Repository

Pengurusan rantaian makanan Halal sewaktu pandemik COVID-19 menurut Islam

Ariffin, Fazilah and Zulkurnain, Musfirah and Ahmad, Anis Najiha (2022) Pengurusan rantaian makanan Halal sewaktu pandemik COVID-19 menurut Islam. In: Aplikasi dan penyelesaian Islam: isu kontemporari pandemik Covid-19. UUM Press, Sintok, Kedah, pp. 167-194. ISBN 978-967-0031-19-4

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (976kB) | Request a copy

Abstract

Kesan menyeluruh pandemik COVID-19, selain dari aspek kesihatan, sehingga kini masih belum dapat dilihat dengan jelas. Walau bagaimanapun, ia telah memberikan tekanan yang tidak pernah terjadi sebelumnya pada rantaian bekalan makanan, bermula dengan pengurangan buruh pertanian dan kesesakan dalam pemprosesan, pengangkutan dan logistik, sehinggalah perubahan besar dalam corak permintaan pengguna. Bandar di seluruh dunia, melaporkan tentang pembelian panik dan peningkatan penimbunan makanan secara mendadak sejak wabak ini bermula. Pandemik COVID-19 boleh didefinisikan sebagai wabak global virus influenza A baru yang sangat berbeza dengan virus influenza A bermusim yang ada berkisar dalam kalangan manusia. Pandemik berlaku apabila kemunculan virus baru influenza A yang menjangkiti seseorang individu dengan mudah dan seterusnya merebak daripada individu kepada individu lain dengan sangat cekap dan secara berterusan. Oleh sebab virus ini masih baru bagi manusia, maka hanya sebahagian kecil sahaja individu yang memiliki kekebalan terhadap virus ini di samping masih tiada lagi vaksin yang tersedia secara meluas. Virus baharu ini telah menyebabkan banyak jangkitan dan kadar jangkitan ini sangat berkait rapat kepada tahap kekebalan, kesihatan dan usia individu yang dijangkiti.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 8891/102545
Uncontrolled Keywords: pengurusan rantaian makanan, makanan Halal, Pandemik Covid-19, Makanan Islam
Subjects: BPH Islamic Economics > BPH114 Consumption. Halal issues
BPH Islamic Economics > BPH117 Consumption. Halal issues. Standards. Certification. Halal status
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute for Halal Research and Training (INHART)
Depositing User: Dr Anis Najiha Ahmad
Date Deposited: 10 Jan 2023 09:49
Last Modified: 10 Jan 2023 09:49
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102545

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year