IIUM Repository

Sumbangan Bukhari Lubis dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4 KBSM dan kajian manuskrip Arab-Melayu

Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee and Ahmad Safian, Nursafira (2022) Sumbangan Bukhari Lubis dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4 KBSM dan kajian manuskrip Arab-Melayu. In: Esei dan Puisi Penghargaan kepada Profesor Emeritus Dr. Muhammad Bukhari Lubis. Persatuan Karyawan Perak dan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ipoh, Perak, pp. 57-77. ISBN 9789675877452

[img] PDF (Book Chapter) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (7MB) | Request a copy

Abstract

Bukhari Lubis (akan ditulis sebagai BL selepas ini) merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia ilmiah tanah air. Beliau, yang dilahirkan di Makkah al-Mukarramah pada 16 Ogos 1953, telah meluangkan lebih separuh abad hayatnya dalam bidang akademik, khususnya bidang kesusasteraan Islam Bandingan. Selain itu, beliau turut terlibat dalam pengajaran dan penyelidikan dalam beberapa bidang sampingan, antaranya Kajian Manuskrip Arab dan Melayu, Terjemahan Arab-Melayu, Sistem Tulisan Jawi (ejaan dan khat), Bahasa Arab, Bahasa Parsi dan Sejarah/Tamadun Islam. Menurut catatan oleh tokoh yang dikaji dalam buku syarahan perdananya (Bukhari Lubis, 2017), alma mater beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Temoh, Perak; Madrasah Tarbiah Islamiah Temoh; Sekolah Menengah Izzudin Shah (SIS), Ipoh; dan Kolej Islam Klang (KIK-kini dikenali sebagai KISAS-Kolej Islam Sultan Alam Shah). Beliau meneruskan pengajiannya di peringkat universiti bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga berjaya memperoleh Ijazah Am Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dan Diploma Pendidikan pada tahun 1976. Selanjutnya, beliau meraih Ijazah Kepujian Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dari universiti yang sama setahun kemudian. Bagi mendalami bidang kesusasteraan pula, BL mengambil inisiatif dengan mendaftarkan diri dan mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam Bahasa dan Sastera Indonesia, Universitas Nasional-Jakarta (UNAS) sehingga berjaya meraih ijazah berkenaan pada taun 1984. Kembara beliau dalam dunia akademik diteruskan apabila beliau melanjutkan pengajian di University of Chicago, USA dalam bidang Kesusasteraan Bandingan Arab-Parsi dan berjaya memperolehi ijazah sarjana pada tahun 1980. Seterusnya, beliau meneruskan lagi perjalanan akademik ke peringkat tertinggi sehingga meraih ijazah doktor falsafah dalam bidang Kesusasteraan Islami Bandingan: Arab-Parsi-Turki-Melayu di University of California at Berkeley, USA pada tahun 1989. Pengembaraan akademik ini tidak saja terbatas ketika menuntut ilmu semata-mata, malah tetap diteruskan melalui khidmatnya di beberapa universiti, seperti UKM (1977-2001) dan UPSI (2002-2016). Selain itu, BL turut pernah berkhidmat di Fakulti Bahasa Moden, UPM sebagai pensyarah sambilan (1997-2002) dan diamanahkan untuk merangka modul pengajaran Bahasa Parsi di universiti berkenaan. Selanjutnya, BL turut pernah memberikan khidmatnya di Akademi Kebijaksanaan Sejagat (Global Wisdom Academy), Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya, Selangor. Sepanjang perkhidmatannya sebagai ahli akademik, BL terus meraih pelbagai anugerah, termasuk anugerah gelaran Profesor Emeritus oleh UPSI pada tahun 2017. Dunia akademik yang diharungi oleh BL tidak menyekat potensi beliau untuk terlibat secara aktif dalam dunia kesusasteraan. Selain daripada menulis pelbagai karya dan artikel ilmiah berkaitan kesusasteraan-yang merupakan bidang utama-, BL turut menghasilkan beberapa karya kreatif, terutama sekali dalam bentuk puisi. Beberapa antologi puisi yang dikendalikanya seperti Sering Kali, Bandar Dalam Puisi, Istana Kasih, Suara Kita dan Puisi-puisi Pelangi merupakan cerminan daya dan kesungguhan BL dalam arena puisi. Tidak cukup dengan itu, BL turut menterjemahkan beberapa puisi dalam bahasa asing (Arab-Parsi-Turki) ke dalam bahasa Melayu. Karyanya, seperti Pancasuara: Himpunan Sajak Arab Klasik dan Moden, Manifestasi: Suara Batin Penyair Melayu Terhadap Kekejaman Zionisme di Lubnan dan Cerpen Kritikan Puisi Arab Parsi Turki: Pilihan dan Terjemahan membuktikan kenyataan berkenaan. Selain daripada akademik dan kesusasteraan, BL turut dikenalpasti telah memberikan sumbangan dan pemikirannya dalam dua perkara, iaitu sejarah dan kajian manuskrip. Jika ditinjau pada biografinya seperti mana yang termaktub dalam buku syarahan perdana Profesor yang bertajuk Kesusasteraan Islam Bandingan Menyingkap Tabir Mengungkap Fikir yang telah dipersembahkan oleh beliau pada 2 Mei 2017 di Dewan Konvokesyen Bangunan E-Learning, UPSI, terdapat dua bidang sampingan iaitu Sejarah/Tamadun Islam dan Kajian Manuskrip Melayu/Arab. Justeru, artikel ini akan meneroka sumbangan BL dalam kedua-dua bidang berkenaan. Walaupun penulis berasa kerdil untuk menulis apatah lagi melakukan kritikan terhadap BL dan sumbangannya, namun penulis juga berasa berat hati untuk tidak berbuat demikian memandangkan tokoh berkenaan telah menjemput penulis secara peribadi untuk menghasilkan artikel ini. Malah, tokoh tersebut turut bermurah hati menyediakan pelbagai bahan dan sumber bagi memudahkan penulis memenuhi hasratnya itu. Oleh itu, penulis menerima jemputan berkenaan dan menyifatkannya sebagai suatu bentuk penghormatan bagi diri penulis untuk mengkaji, menonjolkan dan mengkritik (jika ada) tentang sumbangan BL dalam bidang yang telah dinyatakan sebelum ini.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Bukhari Lubis, Kajian Manuskrip, Buku Teks Sejarah, Hamzah Fansuri
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 09 Jan 2023 11:00
Last Modified: 10 Jan 2023 13:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102279

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year