IIUM Repository

STRATEGI KETIDAKSANTUNAN CULPEPER (1996) SEBAGAI TANDA KEPRIHATINAN NETIZEN SEMASA PENULARAN WABAK COVID-19

Beden, Sara and Rosly, Nurul Jamilah (2022) STRATEGI KETIDAKSANTUNAN CULPEPER (1996) SEBAGAI TANDA KEPRIHATINAN NETIZEN SEMASA PENULARAN WABAK COVID-19. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 5 (1). pp. 35-54. ISSN 2637 – 0751

[img]
Preview
PDF
Download (353kB) | Preview

Abstract

Media komunikasi dewasa ini semakin canggih, namun penggunaan bahasa dalam media ini masih signifikan dengan ketidaksantunan berbahasa seperti memaki, mengeji dan menjatuhkan imej pihak lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkategorikan bentuk strategi ketidaksantunan berdasarkan respons netizen dengan mengaplikasikan Teori Ketidaksantunan Culpeper (1996), seterusnyamenganalisispenggunaan strategi ketidaksantunan tersebut. Data yang digunakan dalam kajian ini ialah respons netizen dalam pelantar media sosial Facebook pada ruangan Berita Harian Online berdasarkan tiga tajuk berita yang bertarikh 10 April, 15 Mei dan 24 Mei 2020 ketika penularan wabak COVID-19 sedang melanda negara dan seluruh dunia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Teori yang menjadi landasan analisis ialah Strategi Ketidaksantunan Culpeper (1996) yang menggarisi lima bentuk strategi ketidaksantunan. Dapatan menunjukkan pengkategorian pelbagai strategi ketidaksantunan yang digunakan oleh netizen berdasarkan 15 data yang digunakan dalam kajian ini. Netizen menzahirkan ketidaksantunan dengan menggunakan strategi ketidaksantunan secara langsung, strategi ketidaksantunan positif; tidak menunjukkan simpati dan penggunaan bahasa tabu, strategi ketidaksantunan negatif; mencemuh, memperlekeh dan penggunaan strategi sindiran. Dapatan juga menunjukkan pembentukan 5 pola kombinasi Strategi Ketidaksantunan Culpeper sebagaimana yang dizahirkan dalam respons atas faktor pelbagai emosi yang diekspresikan netizen sebagai tanda prihatin. Kesimpulannya, didapati penggunaan pelbagai strategi ketidaksantunan yang signifikan dalam Facebook bukan sahaja menzahirkan ketidaksantunan, namun sebagai tanda keprihatinan atas keselamatan rakyat Malaysia khususnya semasa negara sedang dilandawabak COVID-19

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Strategi ketidaksantunan Culpeper, mencemuh, sindiran, Facebook, strategi ketidaksantunan langsung
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 19 Dec 2022 13:33
Last Modified: 19 Dec 2022 13:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101993

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year