IIUM Repository

Analisis penggunaan anyflip dalam amalan Pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia

Ismail, Halim and Wafaa Syed Azmi, Syarifah Syamimi and Kamaruzaman,, Ainulhuda and Kamarudzzaman,, Abdullah and Takariah, Siti Hajar and Mokhtar,, Nur Afiza and Ahmad, Zainal (2022) Analisis penggunaan anyflip dalam amalan Pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 9 (2). pp. 95-110. ISSN 2462-1692 E-ISSN 2289-8042

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (442kB) | Request a copy

Abstract

Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran wabak Covid-19 yang melanda negara bermula Mac 2020, sektor Pendidikan seperti sekolah, IPTA dan IPTS turut terkesan dan terpaksa ditutup untuk sementara waktu. Kajian ini dijalankan terhadap guru Pendidikan Islam berkenaan penggunaan anyflip di dalam PdPR. Penutupan institusi disebabkan oleh Pandemik COVID-19 ini telah memberi kesan terhadap struktur Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara fizikal kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan anyflip dan kekurangannya semasa pengajaran guru Pendidikan Islam Menengah Rendah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) semasa PdPR. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kualitatif melalui temubual terhadap guru-guru Pendidikan Islam dan analisis dokumen. Kajian ini mendapati, penggunaan anyflip mampu memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran, namun terdapat beberapa kekurangan yang perlu ditambah baik bagi mengoptimumkan penggunaan anyflip supaya selari dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kajian ini memberi impak terhadap kaedah pengajaran Guru Pendidikan Islam di Malaysia sewaktu PdPR.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: anyflip, Pendidikan Islam Menengah Rendah, PdPR
Subjects: BPL Islamic education
BPL Islamic education > BPL27 Aims and objectives of education. Sustainable education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Depositing User: DR HALIM ISMAIL
Date Deposited: 01 Dec 2022 15:58
Last Modified: 01 Dec 2022 16:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101540

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year