IIUM Repository

Penilaian prestasi serangga pendebunga liar terhadap pengeluaran buah mangga dan jambu batu

Abdul, Nurul Huda and Omar, Nurul Alia and Zariman, Nur Athirah (2022) Penilaian prestasi serangga pendebunga liar terhadap pengeluaran buah mangga dan jambu batu. In: ABES 2022 Simposium Agrobidiversiti dan Agropersekitaran, 4-6 October 2022, Terengganu, Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Poster Conference)
Download (925kB) | Preview

Abstract

Pelbagai serangga pendebunga melawat tumbuhan secara berbeza. Justeru adalah penting untuk mengukur prestasi mereka selari dengan keperluan untuk penilaian risiko dalam pemuliharaan dan pertanian mampan. Sumbangan dan kecekapan pendebunga liar kepada pendebungaan bunga mangga (Sala dan Chok Anan) dan jambu batu (Lohan) dianggarkan dengan mengukur bilangan putik buah yang dihasilkan, kadar lawatan pendebunga dan kecekapan sebagai pembawa debunga. Eksperimen yang mengecualikan pendebunga telah menunjukkan bahawa Chok Anan gagal menghasilkan putik buah tanpa kehadiran pendebunga. Pengeluaran putik buah adalah sangat rendah dalam keadaan semula jadi, 4.8% dan 3.1% bagi setiap jumlah bunga hermafrodit untuk Sala dan Chok Anan masing-masing. Dengan bantuan pendebungaan tangan, putik buah Sala telah meningkat kepada lebih 100% tetapi hanya 33% peningkatan pada Chok Anan. Sumbangan pendebunga kepada keseluruhan penghasilan buah mangga adalah dianggarkan sebanyak 53%. Lalat Eristalinus sp. dan Chrysomya sp. yang bersaiz besar membawa debunga dengan lebih cekap dan melawat lebih banyak bunga mangga berbanding pelawat bunga yang lain. Manakala bagi jambu batu, putik buah juga banyak dihasilkan dengan pendebungaan tangan (65% dari jumlah bunga). Dianggarkan bahawa daripada 5 bunga, serangga pendebunga liar menyumbang kepada maksimum 3 putik buah dan hanya 2 putik buah dihasilkan dalam pengecualian pendebunga. Kecekapan pendebunga liar dalam membantu penghasilan putik buah dianggarkan pada 77% hingga 81% berbanding kecekapan pendebungaan sendiri iaitu antara 54% hingga 57%. Lebah liar Xylocopa latipes, Xylocopa aestuans dan Apis cerana melawat lebih banyak bunga berbanding pelawat lain. Di antara serangga ini, Apis cerana adalah pembawa debunga yang paling cekap. Kesimpulannya, kajian ini menekankan kepentingan pendebunga dalam industri buah-buahan Malaysia. Bunga mangga dan jambu batu yang didebungakan sendiri dan didebungakan secara semula jadi hanya menghasilkan bilangan buah yang sangat rendah. Oleh itu, dengan meningkatkan populasi pendebunga ini pastinya akan merangsang peningkatan produktiviti untuk tanaman buah-buahan ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Poster)
Uncontrolled Keywords: kecekapan pendebunga, lalat, lebah, buah-buahan, debunga
Subjects: Q Science > QH Natural history
Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Q Science > QL Zoology
S Agriculture > S Agriculture (General) > S494.5.S86 Sustainable agriculture
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Science > Department of Plant Science
Depositing User: DR. NURUL HUDA ABDUL
Date Deposited: 03 Nov 2022 08:54
Last Modified: 03 Nov 2022 08:54
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100951

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year