IIUM Repository

Asimilasi budaya adat perkahwinan masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dengan masyarakat Melayu setempat

Mohidin, Shaqinur Ain and Suhaimi, Mohamad Suhaizi (2022) Asimilasi budaya adat perkahwinan masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dengan masyarakat Melayu setempat. International Journal of Undergraduate Research, 3 (1). pp. 153-161. E-ISSN 2682-8189

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (611kB) | Request a copy

Abstract

Arus modenisasi telah meluaskan budaya perkahwinan antara masyarakat Orang Asli suku Jakun dengan masyarakat Melayu. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti asimilasi budaya adat perkahwinan masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dengan masyarakat Melayu setempat serta menganalisis makna simbolik adat perkahwinan masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun. Kajian yang mempraktikkan kaedah kualitatif iaitu menjalankan temu bual bersama masyarakat Orang Asli suku Jakun serta masyarakat Melayu setempat. Hasil kajian mendapati bahawa asimilasi budaya adat perkahwinan suku Jakun dengan masyarakat Melayu merangkumi adat bertunang, majlis malam berinai, pakaian dan pelamin serta adat merisik. Makna simbolik adat perkahwinan yang dihuraikan pula merangkumi acara pemberian pisau dan lembing, menyuap nasi kepal dan ayam goreng, menghisap rokok tembakau serta memakan biji pinang dan daun sirih yang dilambangkan sebagai kehidupan pasangan suami isteri dalam mengharungi pahit dan manis selepas mendirikan rumah tangga.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Asimilasi Budaya; Perkahwinan; Suku Jakun; Makna Simbolik
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > HM831 Social change
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
Date Deposited: 23 Sep 2022 14:58
Last Modified: 23 Sep 2022 15:03
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100168

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year