IIUM Repository

Pengetahuan dan penerimaan penggunaan pelekat WhatsApp dalam kalangan pelajar UIAM Pagoh

Rahmat, Hazwani and Idrus, Azean Idruwani (2022) Pengetahuan dan penerimaan penggunaan pelekat WhatsApp dalam kalangan pelajar UIAM Pagoh. International Young Scholars Journal of Languages, 5 (1). pp. 82-93. E-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (157kB) | Preview
[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Proses komunikasi dalam talian menjadi lebih menarik dengan penggunaan pelekat WhatsApp. Hal ini disebabkan sifat pelekat itu sendiri yang ringkas serta mudah untuk dikendalikan. Bahkan dengan penggunaan pelekat, pengguna boleh memperhalusi mesej dan mewakili emosi masing-masing tanpa perlu menulis teks panjang. Namun begitu, masih terdapat lagi pengguna yang keliru akan penggunaan fitur unik dalam aplikasi WhatsApp ini. Permasalahan ini menjadi objektif utama pengkaji untuk mengenal pasti dan menganalisis pengetahuan dan penerimaan penggunaan pelekat WhatsApp para pelajar di UIAM Pagoh. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Satu set soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden kajian. Bagi mengukur penerimaan pengguna pelekat WhatsApp pula, pengkaji telah menjadikan model Penerimaan Teknologi (TAM) melalui empat elemen utama iaitu Persepsi penggunaan berkesan (PU), Persepsi mudah guna (PEOU), Sikap (AT) dan Tingkah Laku (BI) sebagai sandaran teori kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan dan penerimaan responden terhadap penggunaan pelekat WhatsApp berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min sebanyak 3.37. Kajian ini mendapati bahawa para pelajar masih lagi dalam fasa untuk membiasakan diri dengan penggunaan pelekat WhatsApp ini. Justeru, pengkaji mencadangkan kajian analisis perbezaan penggunaan pelekat WhatsApp dalam kalangan pelajar UIAM Pagoh dilakukan bagi menunjukkan peringkat formaliti mengaplikasi pelekat WhatsApp sepanjang proses komunikasi dalam talian berlangsung.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: pengetahuan, penerimaan, penggunaan pelekat WhatsApp, model TAM, komunikasi dalam talian.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 12 Sep 2022 15:09
Last Modified: 12 Sep 2022 15:09
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/99865

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year