IIUM Repository

KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA MELALUI APLIKASI TWITTER DALAM KALANGAN MAHASISWA

Saimon, Aminnudin and Nordin, Nurdiyana and Mohd Hisham, Nur Amira and Zamri, Nur Ashikin Syahirah and Nor Azmi, Nur Amirah Nabilah (2022) KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA MELALUI APLIKASI TWITTER DALAM KALANGAN MAHASISWA. In: Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2022, 31 Mar 2022, Online.

[img]
Preview
PDF
Download (7MB) | Preview

Abstract

Ketidaksantunan merupakan satu strategi ancaman muka pendengar. Ketidaksantunan memberikan implikasi negatif dalam sesuatu komunikasi. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan aplikasi Twitter dalam kalangan mahasiswa di Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM, Pagoh dan menganalisis ketidaksantunan bahasa menggunakan teori Culpeper 1996. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini mengunakan borang soal selidik dan penganalisisan teori Culpeper (1996). Hasil kajian mendapati bahawa kekerapan penggunaan aplikasi Twitter adalah bertujuan untuk mengetahui isu semasa dan bukan sahaja sebagai medium meluahkan perasaan. Pengadaptasian Teori Culpeper (1996) dalam kajian ini memaparkan bahawa mahasiswa UIAM, Pagoh banyak menggunakan strategi ketidaksantunan positif dalam ujaran. Oleh itu, kajian berkaitan ketidaksantunan berbahasa ini akan memberi ilmu pengetahuan baharu kepada masyarakat berkaitan situasi bahasa Melayu yang sering digunakan semasa berkomunikasi. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji lain untuk menjalankan kajian berkaitan ketidaksantunan berbahasa pada masa akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Ketidaksantunan, Twitter, Teori Culpeper (1996), mahasiswa, UIAM
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 01 Aug 2022 10:14
Last Modified: 01 Aug 2022 10:14
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/99004

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year