IIUM Repository

Ketidaksantunan Berbahasa Melalui Aplikasi Twitter Dalam Kalangan Mahasiswa

Saimon, Aminnudin and Mashori, Saidatun Aishah and Sabarudin, Nurizzati and Umar, Nor Fahimah and Zulkifli, Nur Haziqah and Mohd Suffian, Nur Arina Syakila (2022) Ketidaksantunan Berbahasa Melalui Aplikasi Twitter Dalam Kalangan Mahasiswa. In: Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2022, 31 Mar 2022, Online.

[img]
Preview
PDF
Download (7MB) | Preview

Abstract

Bahasa sindiran merupakan satu bentuk kata yang mempunyai makna yang tersirat. Makna yang tersirat ini menyukarkan penginterpretasian makna sesuatu ujaran. Penggunaan bahasa sindiran merupakan satu bentuk bahasa yang dinamik dalam berkomunikasi. Bahasa sindiran digunakan adalah untuk menjaga air muka peserta komunikasi daripada diancam secara terus terang. Kajian ini merupakan kajian yang mengaplikasikan teori Kerangka Keraf (2007). Teori ini membahagikan bahasa sindiran kepada tiga jenis iaitu ironi, sarkastik dan sinisme. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti ragam bahasa sindiran dalam kalangan masyarakat di aplikasi Twitter dan menganalisis ragam bahasa sindiran berdasarkan Kerangka Keraf (2007). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu mengumpul data yang diperoleh daripada aplikasi Twitter serta menggunakan kaedah penganalisisan data secara analisis kandungan teks. Dalam kajian ini, data telah diperoleh daripada 30 orang responden yang membuat ciapan di aplikasi Twitter secara rawak. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan bahasa sindiran dalam kalangan pengguna diaplikasikan secara meluas dan bahasa sindiran ini bukanlah satu perkara yang baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat kini kurang mementingkan etika, adab dan amalan bersopan santun dalam penulisan mahupun lisan sehinggakan penggunaan bahasa sindiran ini sudah dianggap biasa dan telah digunakan tanpa batasan oleh sesetengah masyarakat di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Bahasa Sindiran, Teori Keraf (2007), pengguna Twitter, ironi, sarkastik, sinisme
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 01 Aug 2022 10:12
Last Modified: 01 Aug 2022 10:12
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/99001

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year