IIUM Repository

Pemahaman Mahasiswa Mengenai Istilah Semasa Bahasa Melayu Dalam Bidang Teknologi Dan Maklumat

Saimon, Aminnudin and Nazman, Siti Arfah and Mat Isa, Nur Saleha and Radzali, Nadia Nadhirah and Mohd Zulkeffle, Siti Norlina (2022) Pemahaman Mahasiswa Mengenai Istilah Semasa Bahasa Melayu Dalam Bidang Teknologi Dan Maklumat. In: Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2022, 31 Mar 2022, Online.

[img]
Preview
PDF
Download (7MB) | Preview

Abstract

Perkembangan bahasa Melayu dilihat semakin meluas terutamanya dalam bidang peristilahan. Istilah-istilah dalam sesuatu bidang dilihat semakin berkembang sejajar dengan perkembangan dunia semasa termasuklah bidang teknologi dan maklumat. Bidang ini memberikan satu impak yang besar dalam kehidupan masyarakat terutama sekali dalam kalangan mahasiswa. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Dalam kajian ini, pengkaji menyatakan dua objektif yang utama, iaitu mengenal pasti dan menganalisis tahap pemahaman istilah semasa bahasa Melayu dalam bidang teknologi dan maklumat dalam kalangan mahasiswa di universiti awam Malaysia. Seramai 108 mahasiswa daripada empat buah universiti awam telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini akan dipersembahkan dalam bentuk perkiraan seperti bilangan dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa mahasiswa dari UPSI mencatatkan jumlah pemahaman yang paling tinggi iaitu sebanyak 516 istilah dan diikuti oleh UIAM sebanyak 494 istilah, UMK sebanyak 448 istilah dan akhir sekali UUM sebanyak 445 istilah. Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat beberapa istilah yang menunjukkan peratusan pemahaman yang rendah, antaranya webisod dan tunafoto. Hal ini demikian kerana, mahasiswa lebih gemar menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris berbanding istilah bahasa Melayu dan tahap pemahaman mahasiswa dalam beberapa istilah bahasa Melayu masih lagi kurang. Rumusannya, pemahaman mahasiswa terhadap istilah bidang teknologi dan maklumat berada pada tahap yang baik berdasarkan dapatan yang diperoleh.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Istilah, teknologi dan maklumat, mahasiswa, tahap pemahaman, IPTA
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 01 Aug 2022 10:11
Last Modified: 01 Aug 2022 10:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/99000

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year