IIUM Repository

Memperkenalkan ‘Intelligent Design’ sebagai model Islamisasi sains

Sobri, Muhammad Asrie and Ahmad Ziadi, Muhammad Fashan and Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi (2022) Memperkenalkan ‘Intelligent Design’ sebagai model Islamisasi sains. In: International Conference on the Integration of Knowledge in Higher Education (ICIOK 2022), 18th-19th May 2022, Gombak, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img] PDF (Conference abstract - full) - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy
[img] PDF (Conference abstract) - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Sains Barat Moden berteraskan falsafah materialisme atau metodologi natural, menolak sebarang unsur bukan material sebagai penjelasan bagi fenomena natural membawa kepada penolakan terhadap Tuhan dan hakikat bahawa alam ini adalah ciptaan-Nya yang tentu berlawanan sama sekali dengan konsep Islam dan hakikat sebenar kewujudan. Maka terdapat keperluan yang sangat tinggi untuk melakukan proses Islamisasi terhadap sains dengan menyediakan kurikulum yang lebih koheren dengan sudut pandang Islam terhadap hakikat kewujudan dan alam. Konsep ‘Intelligent Design’ yang diketengahkan sekumpulan ahli sains barat yang menolak falsafah materialisme dan metodologi natural dan menegaskan kewujudan ‘minda intelek yang bukan material sebagai penjelasan terbaik bagi fenomena natural’, merupakan model terbaik dan paling hampir dengan konsep Islam. Artikel ini bertujuan memperkenalkan konsep ini sebagai model proses Islamisasi Sains dalam rangka mewujudkan kurikulum sains yang bersesuaian dengan sudut pandang Islam terhadap kosmos dan fenomena natural. Menerusi kajian yang berteraskan metodologi kualitatif berasaskan analisis dokumen ini, pengkaji mendapati bahawa pendekatan ‘Intelligent Design’ memenuhi kriteria untuk menjadi model Islamisasi sains. Kajian ini mencadangkan supaya pendekatan tersebut dijadikan model kurikulum sains yang selari dengan epistemologi dan nilai Islam di samping menambah baik beberapa unsurnya. Dapatan-dapatan kajian ini membuka satu jalan baharu bagi proses Islamisasi sains terutama dalam rangka membentuk kurikulum dan metodologi pendidikan baharu berteraskan epistemologi dan nilai Islam serta menyumbang ke arah pengukuhan gerakan Islamisasi Ilmu Kemanusiaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Uncontrolled Keywords: Intelligent Design, Islamisasi Ilmu Kemanusiaan, Sains, Kurikulum Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Depositing User: DR NIK MD SAIFUL AZIZI NIK ABDULLAH
Date Deposited: 24 Jun 2022 09:01
Last Modified: 24 Jun 2022 09:12
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/98428

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year