IIUM Repository

Pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab secara dalam talian pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

Ismail, Halim and Ismail, Noor Azizi and Che Noh, Aderi (2021) Pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab secara dalam talian pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. In: International Language and Education Conference ILEC 21, 2-3 November 2021, Nilai.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Semua universiti termasuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan pembelajaran secara atas talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia dilaksanakan pada bulan Mac tahun 2020 yang lalu sehingga hari ini. Kesemua matapelajaran yang diajar di USIM termasuk matapelajaran Bahasa Arab serta empat kemahirannya iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis telah diajar secara atas talian sejak tempoh berkenaan. Tujuan utama kajian adalah untuk melihat pelaksanaan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab dan permasalahannya di kalangan pelajar-pelajar tahun satu Fakulti Pengajian Utama (FPBU), USIM. Kajian adalah analisis kualitatif yang melihat secara dekat pelaksanaan kemahiran membaca Bahasa Arab secara atas talian berdasarkan kepada kajian lampau dan kajian-kajian lain yang pernah dijalankan. Data kajian diperolehi menerusi tinjauan dan temu bual. Seramai tujuh puluh lima (75) orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pendidikan Islam, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM telah dipilih. Kajian mendapati kesemua pelajar mengikuti pembelajaran Bahasa Arab serta melaksanakan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab dengan baik. Walau bagimanapun terdapat sebahagian pelajar yang tidak dapat mengikuti sepenuhnya kelas serta melaksanakan kemahiran membaca Bahasa Arab disebabkan oleh masalah talian internet yang kurang stabil, suasana pembelajaran yang kurang kondusif serta beban tugasan pembelajaran yang agak banyak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Uncontrolled Keywords: Kemahiran membaca bahasa Arab, dalam talian, Universiti Sains Islam Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1044 Internet in Education
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6106 Arabic Language - Grammar (Nah'w)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Depositing User: DR HALIM ISMAIL
Date Deposited: 11 May 2022 10:01
Last Modified: 11 May 2022 10:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/97810

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year