IIUM Repository

COVID-19 dan kesihatan lelaki

Abd Rahman, Mohd Aizuddin (2022) COVID-19 dan kesihatan lelaki. The Malaysian Medical Gazette.

[img]
Preview
PDF
Download (884kB) | Preview

Abstract

Pandemik COVID-19 yang diisytihar oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sejak bulan Mac 2020 telah memberi impak yang sangat besar keseluruh dunia, bukan sahaja dari sudut kesihatan, bahkan dari aspek sosial dan kewangan. Data terbaru menunjukkan COVID-19 telah menjangkiti seramai 440 juta orang dan mengakibatkan hampir 5.9 juta kematian di seluruh dunia. Pada awalnya, COVID-19 dijangka hanya memberi kesihatan kepada sistem pernafasan (respiratory), tetapi, terdapat bukti terkini yang jelas menunjukkan jangkitan COVID-19 juga memberi impak kepada sistem-sistem yang lain termasuklah jantung (cardiovascular), darah (hematology), saraf (nervous system) dan penghadaman tubuh (gastro-intestinal). Pelbagai kajian telah dijalankan membuktikan bahawa jangkitan COVID-19 memberi kesan terhadap kesihatan lelaki. Ada kajian terdahulu mendapati risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 adalah sama antara lelaki dan wanita, tetapi sekiranya dijangkiti, lelaki mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mendapat jangkitan yang teruk, yang boleh membawa kepada kemasukan ke unit rawatan rapi (Intensive Care Unit; ICU) dan juga kematian. Hal ini adalah kerana lelaki mempunyai sistem imuniti yang berbeza daripada wanita. Tahap keterukan jangkitan COVID-19 juga dikaitkan dengan masalah co-morbidities, seperti masalah darah tinggi, kolesterol, kencing manis, yang mana lebih kerap berlaku di kalangan lelaki.

Item Type: Article (Electronic Media)
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RA Public aspects of medicine
R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011)
Depositing User: SR NUR FARHANA LATFI
Date Deposited: 24 Mar 2022 08:25
Last Modified: 24 Mar 2022 08:25
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/97320

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year