Mohamed, Shafizan and Wan Mohd Ghazali, Wan Norshira and Mohd Nasir, Nur Shakira and Wok, Saodah (2022) Kanak-kanak, kemiskinan dan literasi digital: ke arah masa depan digital yang positif. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled, 14. pp. 15-22. E-ISSN 0128-309X
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (245kB) | Request a copy |
Abstract
Kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan selalunya dinafikan pengalaman dan kemampuan menggunakan media digital yang bermanafaat lagi berharga itu. Selalunya kanak-kanak tersebut tidak dapat mengakses media digital dan seterusnya mereka tidak dapat memahami potensi teknologi digital tersebut. Kanak-kanak daripada keluarga B40 yang berpendapatan rendah dan tinggal di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) merupakan segmen masyarakat yang mungkin terjejas. Kajian ini cuba menawarkan pendekatan-pendekatan yang dapat membantu kanak-kanak tersebut dengan menilai tahap penggunaan media digital dan kemahiran digital mereka terlebih dahulu. Satu tinjauan melalui telefon terhadap 308 orang kanak-kanak yang tinggal di PPR dilaksanakankan dalam bulan Mac 2021. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai akses yang terhad terhadap peralatan digital. Walaupun mereka mempunyai kebolehan asas untuk menggunakan dan menjaga peralatan digital, namun mereka tidak cekap daripada segi teknikal untuk menggunakan media digital secara produktif. Kajian ini mencadangkan supaya pembuat dasar dan semua pihak yang berkepentingan terhadap program-program digital menumpukan usaha-usaha mereka khusus untuk kanak-kanak tersebut serta dapat memberikan penekanan terhadap nilai keibubapaan digital.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kanak-kanak; Keibubapaan Digital; Kemiskinan; Literasi Digital; Pusat Perumahan Rakyat (PPR) |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races L Education > L Education (General) T Technology > T Technology (General) > T10.5 Communication of technical information |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Communication |
Depositing User: | Dr Shafizan Mohamed |
Date Deposited: | 31 Jan 2022 16:44 |
Last Modified: | 31 Jan 2022 16:44 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/96559 |
Actions (login required)
View Item |