IIUM Repository

Penambahbaikan sumber jabatan kecemasan menggunakan kaedah simulasi dan analisis pengumpulan data = Resources improvement in emergency department using simulation and data envelopment analysis

Wan Mohd Aminuddin, Wan Malissa and Ismail, Wan Rosmanira and Harunarashid, Husyairi (2018) Penambahbaikan sumber jabatan kecemasan menggunakan kaedah simulasi dan analisis pengumpulan data = Resources improvement in emergency department using simulation and data envelopment analysis. Sains Malaysiana, 47 (9). pp. 2231-2240. ISSN 0126-6039 E-ISSN 2735-0118

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (495kB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF (Scopus evidence) - Supplemental Material
Download (204kB) | Preview

Abstract

Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menerima kedatangan pesakit yang ramai pada setiap hari menyebabkan jabatan ini kerap berdepan dengan masalah kesesakan. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti model pengoptimuman terbaik untuk menambahbaik sumber bagi meningkatkan tahap kecekapan Jabatan Kecemasan PPUKM dan menyelesaikan masalah kesesakan jabatan. Kaedah simulasi digunakan bagi membina model jabatan kecemasan dengan pemboleh ubah yang digunakan dalam pemodelan simulasi ini adalah dikhususkan berdasarkan zon atau ruang rawatan. Alternatif penambahbaikan yang dicadangkan ini mengandungi konfigurasi bilangan sumber jabatan yang baru. Enam model gabungan yang digunakan terdiri daripada Model CCR dan Set Rujukan, Model BCC dan Set Rujukan, Model CCR dan Kecekapan-Super, Model BCC dan Kecekapan-Super, Model Bi-Objektif MCDEACCR dan Kecekapan Silang dan Model Bi-Objektif MCDEA-BCC dan Kecekapan Silang. Model Bi-Objektif MCDEA-BCC merupakan lanjutan kepada Model Bi-Objektif MCDEA-CCR daripada kajian terdahulu. Keputusan kajian menunjukkan Model Bi-Objektif MCDEA-BCC yang dibina telah memberikan bilangan alternatif penambahbaikan cekap yang paling kecil berbanding model-model gabungan lain. Melalui model gabungan ini juga satu alternatif penambahbaikan yang optimum yang telah dicadangkan dapat mengurangkan masa menunggu pesakit di Zon Hijau sebanyak 51% manakala peratusan penggunaan tenaga kerja sumber berjaya ditambahbaik agar lebih munasabah. Alternatif ini memerlukan susun atur kembali kedudukan sumber tanpa melakukan perubahan yang besar ke atas sistem asal

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Analisis Pengumpulan Data; jabatan kecemasan; kesesakan; pengoptimuman sumber; simulasi
Subjects: Q Science > QA Mathematics
T Technology > T Technology (General) > T55.4 Industrial engineering.Management engineering. > T57 Applied mathematics. Quantitative methods. Operation research. System analysis
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Science
Kulliyyah of Science > Department of Computational and Theoretical Sciences
Depositing User: Dr Wan Malissa Wan Mohd Aminuddin
Date Deposited: 03 Jan 2022 14:13
Last Modified: 03 Jan 2022 14:13
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95897

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year