IIUM Repository

Sumbangan Haji Abdullah Al-Qari dalam memartabatkan dakwah Al-Sunnah al-Nabawiyyah dan penulisan di Nusantara: kajian terhadap karya-karya al-Sunnah

Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi and Ahmad Najib, Nasibah and Wan Abdullah, Wan Nasyrudin (2016) Sumbangan Haji Abdullah Al-Qari dalam memartabatkan dakwah Al-Sunnah al-Nabawiyyah dan penulisan di Nusantara: kajian terhadap karya-karya al-Sunnah. In: International Prophetic Heritage Conference (SWAN2016), 4th-5th October 2016, Pattani, Thailand. (Unpublished)

[img] PDF (Unpublished paper)
Restricted to Registered users only

Download (375kB) | Request a copy
[img] PDF (Certificate) - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (168kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengetengahkan secara terperinci ketokohan Hj Abdullah Al-Qari bin Hj Salleh dan sumbangan beliau dalam bidang dakwah al-Sunnah alNabawiyyah dan penulisan buku-buku keagamaan di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan rekabentuk temubual dan analisis dokumen. Menerusi kajian ini, penulis mendapati sumbangan beliau meliputi aktiviti dakwah di surau masjid, mengajar al-Quran, membina masjid al-sunnah, pembinaan Taman al-Qari, sekolah SRI al-Qari, penglibatan dalam politik islam, Dakwah kepada Non Muslim dan yang terbesar adalah dalam bidang penulisan yang meliputi pelbagai bidang sama ada Al-Quran, tajwid, Al-Sunnah, aqidah dan tasawwuf, feqah, perubatan Islam dan tradisional, bahasa dan sastera, sejarah Islam dan tempatan, kisah dan cerita, dakwah, motivasi, ekonomi, politik, isu wanita, kekeluargaan, sosial, pertanian, pendidikan dan perkamusan. Dapatan ini juga mengemukakan karya-karya penulisan beliau khususnya dalam penulisan Al-Sunnah. Dapatan kajian ini merumuskan bahawa penulisan adalah medan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyebar dan menyampaikan ilmu kepada manusia. Penyebaran ilmu dan maklumat yang bermanfaat memberi pahala yang berterusan selagi mana pembaca mengamalkannya serta menyebarkannya pula kepada orang lain.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Sumbangan Haji Abdullah Al-Qari, Dakwah, Penulisan, Karya-Karya AlSunnah
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Depositing User: DR NIK MD SAIFUL AZIZI NIK ABDULLAH
Date Deposited: 30 Dec 2021 12:50
Last Modified: 30 Dec 2021 12:50
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95498

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year