IIUM Repository

Poster Strategi Ketidaksantunan Bahasa Dalam Komunikasi Interaktif Isu Pandemik Covid-19 di Media Sosial

Saad, Muhammad Al-Fateh and Johari, Arina and Rosly, Nurul Jamilah (2021) Poster Strategi Ketidaksantunan Bahasa Dalam Komunikasi Interaktif Isu Pandemik Covid-19 di Media Sosial. In: SAYEMBARA POSTER KAJIAN 2021 SEMPENA DEKAD BAHASA KEBANGSAAN KPT, 2 AUGUST 2021 - 24 SEPT 2021, ONLINE (KPT). (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (255kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (239kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pertandingan ini anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta terbuka kepada semua IPT di dalam negara. Sayembara Poster Kajian 2021 ini diadakan sempena Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi pada 2 Ogos 2021 sehingga 24 September 2021. Poster dengan tajuk kajian ini, iaitu "Strategi Ketidaksantunan Bahasa Dalam Komunikasi Interaktif Isu Pandemik Covid-19 di Media Sosial" telah terpilih untuk memenangi hadiah saguhati. Kajian ini bertujuan mengenal pasti strategi ketidaksatunan bahasa yang terdapat dalam perbualan di media sosial, iaitu laman Buzzkini mengenai isu Pandemik Covid-19. Teori yang diaplikasi bagi kajian ini ialah teori ketidaksantunan oleh Culpeper (1996) berdasarkan model kesantunan Brown dan Levinson (1987). Dapatan memperihatkan pengguna yang mengirimkan perbualan ke laman tersebut mengaplikasikan keempat-empat strategi ketidaksantunan dalam Culpeper, iaitu T1 (Ketidaksantunan Secara Langsung), T2 (Ketidaksantunan Positif) , T3 (Ketidaksantunan Negatif) dan T4 (Menahan Kesantunan). Pengaplikasian pula memperlihatkan kombinasi dalam tiga variasi , iaitu (i). pengaplikasian dengan kombinasi tiga strategi (T1+T2+T3 dan T2+T3+T4) ; (ii). kombinasi dua strategi, iaitu (T1+T2), (T2+T3), (T2+T4) dan (T3+T4); manakala yang ketiga ialah aplikasi satu strategi yang berdiri sendiri, iaitu T1, T2, T3 dan T4. Dapatan membuktikan bahawa pengguna laman Buzzkini mengaplikasi strategi yang pelbagai dalam komunikasi tanpa tatap muka yang berlaku bagi mencapai matlamat komunikasi yang dikehendaki.

Item Type: Conference or Workshop Item (Poster)
Uncontrolled Keywords: strategi ketidaksantunan Culpeper (1996); media sosial; laman Buzzkini; isu Covid-19;
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 23 Dec 2021 11:58
Last Modified: 23 Dec 2021 11:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95181

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year