IIUM Repository

Pengaplikasian teori konseptual kata kunci dalam filem “Perempuan Berkalung Sorban”

Samsi, Nursamirah Sakinah and Ismail, Mohamad Zuber and Johari, Arina (2021) Pengaplikasian teori konseptual kata kunci dalam filem “Perempuan Berkalung Sorban”. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021), Virtual.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (326kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meneliti sebuah filem yang berasal dari negara Indonesia yang bertajuk Perempuan Berkalung Sorban yang diterbitkan pada tahun 2009 dibawah syarikat penerbitan Starvision Plus. Filem diarahkan oleh pengarah terkenal yang berasal dari negera yang sama iaitu Hanung Bramantyo. Filem ini diadaptasi daripada novel yang bertajuk Perempuan Berkalung Sorban karya Abidah El Khaliqy. Teori Konseptual Kata Kunci oleh Mohammad Mokhtar Hassan (2001) diaplikasikan untuk mengkaji filem ini. Kajian ini dijalankan untuk melihat konsepsi pengarang dalam penghasilan filem yang diadaptasi daripada novel. Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan dua objektif iaitu mengenal pasti dan menganalisis ketiga-tiga prinsip teori Konseptual Kata Kunci iaitu prinsip kepengaruhan, pemilihan kata dan kesan yang terdapat dalam filem Wanita Berkalung Sorban. Penganalisisan data akan diteliti menerusi watak Anisa dalam filem berjudul Perempuan Berkalung Sorban. Pendekatan yang akan digunakan sepanjang menjalankan kajian adalah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat kecenderungan yang tinggi terhadap pengaplikasian prinsip-prinsip di bawah teori Konseptual Kata Kunci. Konsepsi pengarang juga begitu menyerlah berdasarkan struktur intrinsik dan ekstrinsik yang karya telah ketengahkan dalam penelitian ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Teori Konseptual Kata Kunci, Kepengaruhan, Pemilihan Kata, Kesan, Filem
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 31 Dec 2021 11:55
Last Modified: 31 Dec 2021 11:55
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95160

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year