Harun, Nurul Natasya and Ismail, Mohamad Zuber and Johari, Arina (2021) TERAPAN PENDEKATAN DAKWAH DALAM LIRIK-LIRIK LAGU DENDANGAN. MAHER ZAIN. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021) – Dalam Talian 9 & 10 November 2021, 9 - 10 NOVEMBER 2021, ONLINE KUIS.
|
PDF
Download (420kB) | Preview |
Abstract
Lirik lagu berunsurkan keislaman merupakan unsur kesenian yang mampu memberikan impak yang positif terhadap pembentukan dan perkembangan psikologi dan minda seseorang individu. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur dakwah dan menganalisis pendekatan dakwah dalam lirik lagu InsyaAllah dan Open Your Eyes dendangan Maher Zain. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji telah menjalankan kajian berpandukan Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu menerusi pendekatan dakwah yang diasaskan oleh Hashim Awang pada tahun 1989. Seterusnya, kaedah kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Hasil kajian ini mendapati bahawa wujudnya unsur-unsur dakwah yang ingin disampaikan dalam kedua-dua buah lagu tersebut. Kesaratan mesej dakwah seperti percaya akan pertolongan Allah, tidak berputus asa dalam berdoa, mensyukuri segala nikmat dan Allah Maha Pencipta dalam bait- bait lirik lagu nyanyian Maher Zain itu kemudiannya berpotensi memberi implikasi yang positif kepada pengembangan ajaran agama Allah. Jelaslah, karya sastera termasuklah lirik lagu merupakan salah satu wahana penyampaian dakwah yang berkesan dalam kalangan umat manusia
Item Type: | Conference or Workshop Item (Slide Presentation) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Teori Pengkaedahan Melayu, Pendekatan Keagamaan, Dakwah, Lirik, Lagu |
Subjects: | L Education > L Education (General) P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | DR. ARINA JOHARI |
Date Deposited: | 23 Dec 2021 11:58 |
Last Modified: | 23 Dec 2021 11:58 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95157 |
Actions (login required)
View Item |