IIUM Repository

Unsur Konflik dalam Kartun’Aku Budak Minang’

Yahya, Maizatul Azura and Ahmad, Ainal Akmar and Hashim, Nasihah and Johari, Arina (2021) Unsur Konflik dalam Kartun’Aku Budak Minang’. In: PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU (RENTAS) 2021, 2-2 Jun 2021, UUM (ONLINE).

[img]
Preview
PDF
Download (8MB) | Preview

Abstract

Mewakili watak-watak manusia dalam realiti, kartun dihasilkan cerminan daripada pandangan umum tentang perihal positif dan negatif yang berlaku dalam masyarakat. Malah, penceritaan dalam kartun juga sedikit sebanyak turut mengetengahkan isu berkaitan konflik yang berlaku dalam kehidupan harian masyarakat. Justeru, kertas kerja ini akan membicarakan tentang konflik remaja dengan diri, keluarga dan masyarakat yang dipaparkan menerusi kartun ‘Aku Budak Minang’. Dalam konteks kehidupan, umum sedia maklum bahawa manusia tidak terlepas daripada menghadapi masalah hidup. Apabila berhadapan dengan masalah terutama yang melibatkan emosi akan menyebabkan tercetusnya konflik. Golongan yang amat terdedah kepada konflik ialah golongan remaja. Ini kerana, remaja ialah golongan yang lebih beremosi disebabkan jiwa golongan ini sangat mudah tersentuh sekiranya menerima salah didikan. Objektif kertas kerja ini ialah mengklasifikasikan dan menganalisis unsur konflik yang terdapat dalam kartun ‘Aku Budak Minang’ dan untuk menjelaskan hubung kait di antara konflik yang dipaparkan dalam kartun ini dengan remaja, teori Humanistik Abraham Maslow (1970) telah digunakan sebagai metod kajian. Hasil kajian mendapati teks ini menyentuh tentang aspek konflik seperti konflik keluarga, konflik diri dan konflik rakan sebaya yang terdapat dalam kartun Melayu. Daripada penelitian yang dilakukan juga mendapati bahawa konflik yang berlaku kepada watak mampu ditangani oleh remaja yang berkonflik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Unsur konflik; Kartun Melayu; Remaja; Teori Humanistik Abraham Maslow
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 11 Oct 2021 10:18
Last Modified: 11 Oct 2021 10:18
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92809

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year