Nazir, Faridah and Saad, Mazni and Mohd Yunos, Amril Zalha Ramli (2021) APLIKASI MOODLE KIT MAYA MARI MEMINTAL DWIBAHASA. In: 2nd Malaysian Association of Applied Linguistics International Conference (MAALIC2021), 8-10th September 2021, ONLINE.
This is the latest version of this item.
|
PDF
- Submitted Version
Download (550kB) | Preview |
|
|
PDF
Download (74kB) | Preview |
Abstract
Murid-murid di Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas sering mengalami pelbagai masalah seperti masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah kemahiran motor, masalah sosialisasi dan emosi Oleh itu, Aplikasi Moodle Kit Maya Mari Memintal,terdiri daripada perisian untuk latihan pemintal lidah disediakan dengan objektif agar (a) guru-guru dapat mengamalkan aktiviti berasaskan teknologi ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah sebagai usaha membantu murid-murid Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas mencapai potensi maksimum sesuai dengan keupayaan mereka;(b) meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, pengamatan, tumpuan, minat dan mengurangkan stres murid murid Tahap Satu di sekolah rendah dan di sekolah pendidikan khas. Aplikasi Moodle Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa telah diguna pakai di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam selama tiga bulan melalui kaedah pemerhatian ikut serta, latih tubi dan catatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, murid murid Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas mendapat manfaat dari segi peningkatan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, pengamatan dan koordinasi motor kasar dan halus. Aplikasi Moodle Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa juga mampu menjadi terapi kepada murid-murid untuk menyelesaikan pelbagai masalah tingkah laku di bilik darjah kerana mengandungi aktiviti dan dilengkapi bahan yang menyeronokkan. Inovasi ini juga mempunyai kaitan dengan aspek Seni Bahasa yang memberi penekanan kepada “belajar sambil bermain” dan permainan bahasa.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Poster) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Aplikasi Moodle; Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa; latihan pemintal lidah; masalah tingkah laku; terapi. |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Dr Mazni Saad |
Date Deposited: | 20 Sep 2021 10:13 |
Last Modified: | 20 Sep 2021 10:13 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92297 |
Available Versions of this Item
- APLIKASI MOODLE KIT MAYA MARI MEMINTAL DWIBAHASA. (deposited 20 Sep 2021 10:13) [Currently Displayed]
Actions (login required)
View Item |