IIUM Repository

GAYA PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) KAMPUS PAGOH SEPANJANG PANDEMIK COVID-19

Nahar, Nora Azian and Rosly, Nurul Jamilah and Mohd Hanapi, Nur Syuhadah and Sahdun, Muhamad Amirul (2021) GAYA PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) KAMPUS PAGOH SEPANJANG PANDEMIK COVID-19. In: SEMINAR BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MENDEPANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA, 2 -3 JUN 2021, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM.

[img]
Preview
PDF
Download (28MB) | Preview

Abstract

Makalah ini membincangkan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pagoh. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan apakah gaya pembelajaran atas talian yang digunakan oleh pelajar. Data kajian ini soal selidik yang diadaptasi dan dianalisis menggunakan statistik mudah untuk melihat kekerapan dan peratusan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar. Analisis gaya pembelajaran yang dibincangkan berdasarkan pendekatan Model Dunn & Dunn (1982). Subjek kajian terdiri daripada 100 orang pelajar dari Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Pagoh yang terdiri daripada pelajar Jabatan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa (MALCOM), Pelajar Jabatan Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa (ENCOM), Pelajar Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa (ARCOM) dan pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (TPHM). Hasil dapatan daripada unsur persekitaran menunjukkan sebanyak 52% sangat setuju jika kelas atas talian berlangsung menggunakan kerusi dan meja. Unsur emosi menunjukkan sebanyak 52% sangat setuju untuk menyiapkan tugasan dengan bimbingan pensyarah sepanjang pembelajaran atas talian. Selain itu, unsur sosiologikal menunjukkan sebanyak 58% pelajar sangat bersetuju untuk menjalani kelas atas talian tanpa gangguan daripada rakan-rakan sebaya. Berdasarkan unsur fizikal pula, sebanyak 38% pelajar sangat setuju jika paparan dan slaid video sepanjang pembelajaran atas talian dan sebanyak 58% pelajar dari unsur psikologikal sangat bersetuju jika pensyarah memberikan maklumat keseluruhan tugasan yang akan dilakukan. Jelasnya, gaya pembelajaran atas talian ini telah mengubah pengamalan gaya pembelajaran lama kepada gaya pembelajaran baharu bersesuaian dengan kaedah pengajaran norma baharu di institut pengajian tinggi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Poster)
Uncontrolled Keywords: gaya pembelajaran, norma baharu, unsur, pembelajaran atas talian dan cabaran
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 15 Aug 2021 16:20
Last Modified: 15 Aug 2021 16:20
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91519

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year