IIUM Repository

Aspirasi Dakwah dalam Novel 99 Cahaya di Langit Eropa

Shamsul Azwan, Nur Syafira and Ismail, Mohamad Zuber and Johari, Arina (2021) Aspirasi Dakwah dalam Novel 99 Cahaya di Langit Eropa. In: KOLOKIUM KEBANGSAAN PENGAJIAN MELAYU: MEREKAYASA PENYELIDIKAN LINGUISTIK, BAHASA DAN BUDAYA MELAYU, 3-4 JUNE 2021, ONLINE.

[img] PDF (E-PROCEEDING) - Published Version
Download (66kB)

Abstract

Penerapan dakwah melalui karya sastera merupakan satu medium yang signifikan dalam menyemarakkan nilai-nilai Islam dalam kalangan penggiat seni sastera tanah air khususnya generasi muda. Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang yang diperkenalkan pada tahun 1994 telah mendampakkan konsep-konsep dakwah yang bersesuaian untuk dijadikan landasan dalam penelitian kajian ini. Pengkaji telah memilih novel 99 Cahaya di Langit Eropa hasil karya Hanum Salsabiela dan Rangga Almahendra sebagai korpus kajian. Kaedah kepustakaan dan analisis teks merupakan kaedah yang diterapkan untuk kajian ini. Penelitian teks secara rinci bertujuan untuk mencapai dua objektif utama kajian, iaitu mengenal pasti dan menganalisis konsep-konsep dakwah dalam novel 99 Cahaya di Langit Eropa. Dapatan kajian membuktikan bahawa persoalan keagamaan seperti terapan nilai-nilai Islam yang merangkumi aspek rohani, emosi dan spiritual amat sarat dalam novel tersebut. Konsep dakwah yang diekspresikan melalui struktur instrinsik novel menyerlahkan nilai-nilai positif seiring dengan saranan al-Quran dan Hadis. Hal ini memberikan impak yang positif terhadap pembangunan emosi dan spiritual masyarakat sejagat. Pendekatan dakwah melalui novel ini mampu menjadi satu wadah kesedaran kepada pembaca untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Pendekatan dakwah melalui Teori Pengkaedahan Melayu ini amat bersesuaian dan bertepatan dalam menyuburkan aspirasi dakwah dalam penelitian ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: teori pengkaedahan melayu, pendekatan dakwah, 99 Cahaya Di Langit Eropa
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 15 Aug 2021 16:11
Last Modified: 15 Aug 2021 16:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91508

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year