Ramlee, Zulfakar
(2005)
Pendakwa syarie disyor guna DNA.
Utusan Malaysia.
(In Press)
Abstract
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pendakwa syarie disaran mengguna pakai ujian DNA ketika mengendalikan kes pendakwaan untuk membolehkan golongan lelaki disabitkan dengan pertuduhan zina dan kes sumbang mahram di Mahkamah Syariah. Penggunaan ujian DNA di mahkamah sivil terbukti banyak membantu pihak pendakwa memenangi kes jenayah terutama seksual.
Pensyarah Kuliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Zulfakar Ramlee berkata, pendakwa syarie `membataskan' keterangan di Mahkamah Syariah berasaskan pengakuan salah dan saksi. "Jika tidak ada saksi dan tertuduh lelaki pula tidak mengaku salah, dia akan dilepaskan tetapi keadaan sebaliknya berlaku pada wanita kerana mereka boleh didakwa,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.....
Actions (login required)
|
View Item |