IIUM Repository

Keperluan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Maharat Al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab

Mohd Saad, Mohd Faizulamri and Mohamad, Sabri and Abdul Majid, Latifah and Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi and Muhamad Isa, Rabi’atul Athirah (2021) Keperluan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Maharat Al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab. Jurnal al-Turath, 6 (1). E-ISSN 0128 0899

[img]
Preview
PDF
Download (451kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini merupakan kajian terhadap keperluan penilaian pelaksanaan mata pelajaran Maharat al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab. Selaras dengan perubahan gelombang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang mengintegrasikan ilmu secara bersepadu. Kurikulum TMUA yang menggabungkan tiga elemen penting iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik ini telah bermula sejak tahun 2014 lagi. Melihat kepada sejarah penubuhan TMUA yang baru menjangkau enam tahun penubuhannya, maka kertas kerja ini membincangkan penilaian kemudahan dan alat bantu mengajar semasa pelaksanaan kurikulum Maharat al-Quran dan kaedah pengajaran guru TMUA. Fokus perbincangan juga melibatkan beberapa isu dan permasalahan yang berbangkit merangkumi beberapa elemen penting tentang mata pelajaran Maharat al-Quran ini. Reka bentuk kajian bersifat kualitatif ini melibatkan empat orang guru TMUA yang mewakili sekolah TMUA setiap zon di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kemudahan dan alat bantu mengajar memberikan impak yang tinggi terhadap keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan. Para guru juga mempunyai kesediaan yang tinggi terhadap elemen PAK 21 ketika PdPc. Di samping itu, kertas kajian ini juga membincangkankan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan isu yang dikaji serta mencadangkan akan keperluan membuat penilaian terhadap mata pelajaran elektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini sebagai usaha membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan sedia ada di Sekolah Menengah TMUA.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 4839/90409
Uncontrolled Keywords: Penilaian, Pelaksanaan, Kurikulum, Maharat al-Quran, Tahfiz Model Ulul Albab
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC905 Islamic Education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Mrs. Siti Nor Md Idris
Date Deposited: 24 Jun 2021 15:42
Last Modified: 24 Jun 2021 15:42
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/90429

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year