IIUM Repository

Lakuan bahasa arahan dalam teks ucapan Perdana Menteri berkaitan perintah kawalan pergerakan (PKP)

Saimon, Aminnudin and Licson, Lisa and Mohamad Taufek, Aisyah and Japar, Siti Hajar and Razali, Siti Nor Asmira (2021) Lakuan bahasa arahan dalam teks ucapan Perdana Menteri berkaitan perintah kawalan pergerakan (PKP). PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12 (1). pp. 63-78. ISSN 1823-6812 E-ISSN 2600-8696

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (327kB) | Request a copy

Abstract

Teks ucapan merupakan wahana yang menggabungkan penyampaian idealogi dan pemikiran melalui penggunaan bahasa supaya dapat difahami oleh pendengar. Kejayaan menyampaikan sesuatu ucapan bergantung pada penggunaan lakuan bahasa yang meyakinkan pendengar. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan lakuan bahasa sebagai satu strategi penghujahan yang berkesan dan lakuan bahasa hanya ditumpukan kepada lakuan bahasa arahan (LBA). Objektif kajian ini adalah menganalisis lakuan bahasa arahan yang terdapat dalam teks ucapan Perdana Menteri. Data utama kajian merupakan teks ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin berkaitan PKP. Sebanyak empat teks ucapan diambil, iaitu pada fasa PKP pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis penggunaan aspek lakuan bahasa arahan dengan bersandarkan kerangka teori Bach dan Harnish (1979). Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan kategori lakuan bahasa arahan yang dinyatakan oleh Bach & Harnish (1979), iaitu permintaan, keperluan, pertanyaan, larangan, nasihat dan permisif diaplikasikan oleh penutur. Hasil dapatan mendapati ujaran paling banyak ialah LBA Keperluan, iaitu sebanyak 21 kali. Hal ini selari dengan intipati ucapan yang sememangnya berkisar tentang keperluan menurut perintah. Kemudian diikuti pula oleh LBA nasihat 15 kali, LBA permintaan (10), LBA larangan (7) dan bagi LBA pertanyaan dan permisif masing-masing hanya satu. Secara keseluruhannya, sebanyak 55 lakuan bahasa arahan yang terdapat dalam teks ucapan YAB PM berkaitan PKP untuk fasa pertama, kedua, ketiga dan keempat. Dapatan kajian mendapati ucapan PM mengandungi lakuan bahasa arahan yang menunjukkan kekuasaan yang ada pada dirinya untuk menuntut dan mengubah pendengar sejajar dengan niat komunikatifnya. Setiap ucapan yang dikenal pasti menunjukkan satu bentuk arahan yang menuntut pendengar untuk melakukan tindakan seperti niat komunikatifnya.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 9957/90067
Uncontrolled Keywords: Lakuan bahasa arahan, Bach & Harnish (1979), teks ucapan, Perdana Menteri (PM), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 01 Jun 2021 16:36
Last Modified: 01 Jun 2021 16:36
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/90067

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year