Hasan, Aznan and Sulaiman, Syahnaz (2016) PELABURAN SECARA PENGUMPULAN DANA MASYARAKAT (CROWDFUNDING) DAN ISU-ISU SYARIAH YANG BERKAITAN. Jurnal Muamalat (9). pp. 22-36. ISSN 1985-6156
PDF
Restricted to Repository staff only Download (346kB) | Request a copy |
Abstract
Pelaburan secara pengumpulan dana masyarakat atau crowdfunding telah muncul sebagai suatu alternatif untuk mengumpul dana daripada masyarakat awam. Di Malaysia, konsep ini berpotensi untuk menjadi suatu mekanisme baharu bagi aktiviti pengumpulan modal, terutamanya kepada industri kecil dan sederhana(IKS) serta bisnes baharu yang bersifat inovatif. Melihatkan kepentingannya, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memperkenalkan suatu rangka kerja perundangan untuk mengawal selia aktiviti pengumpulan dana masyarakat secara pembiayaan ekuiti pada tahun 2015. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang konsep pengumpulan dana masyarakat, mekanisme, rangka kerja perundangan di Malaysia dan beberapa isu syariah yang berkaitan dengan aplikasinya. Kajian ini merupakan kajian dokumen melibatkan analisis terhadap buku-buku, artikel-artikel, serta dokumen polisi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa isu syariah yang perlu diberikan perhatian sekiranya pengumpulan dana masyarakat dibentuk dengan matlamat patuh syariah.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengumpulan dana masyarakat, perbankan dan kewangan Islam, syariah |
Subjects: | BPH Islamic Economics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF) |
Depositing User: | Dr Aznan Hasan |
Date Deposited: | 18 May 2021 16:32 |
Last Modified: | 18 May 2021 16:32 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/89850 |
Actions (login required)
View Item |