IIUM Repository

Pembangunan Wakaf Kontemporari Menerusi Kerangka Konseptual Wakaf Unit Amanah: Sorotan Fatwa Semasa

Hasan, Aznan and Sulaiman, Syahnaz and Mohd Noor, Azman (2018) Pembangunan Wakaf Kontemporari Menerusi Kerangka Konseptual Wakaf Unit Amanah: Sorotan Fatwa Semasa. Jurnal Muamalat (11). pp. 55-74. ISSN 1985-6156

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (13MB) | Request a copy

Abstract

Intitusi wakaf telah memberikan sumbangan yang penting terhadap kemajuan sosioekonomi ummah sepanjang era kegemilangan peradaban Islam. Sejajar dengan kepesatan pembangunan sistem kewangan Islam dunia, wakaf unit amanah dilihat mempunyai potensi untuk diketengahkan sebagai salah satu medium atau instrumen wakaf dalam masyarakat. Pendekatan seumpama ini turut disokong oleh sistem pengurusan harta wakaf secara lebih cekap dan profesional. Walau bagaimanapun, konsep wakaf unit amanah masih berada di peringkat pengenalan di mana mekanisme dan strategi pelaksanaannya perlu diteroka dengan lebih mendalam. Kajian ini merupakan satu sorotan literatur berhubung dengan fatwa semasa berkaitan keabsahan wakaf unit amanah. Objektif utama kajian ini dicapai menerusi analisis kandungan kitab-kitab turath dan kontemporari serta fatwa-fatwa yang berkait rapat dengan instrumen kewangan termasuk unit amanah. Hasil dapatan kajian diharap dapat merintis kepada penghasilan input dan maklumat kepada pengurus wakaf, badan kawal selia dan pengurus dana berhubung dengan potensi untuk mewujudkan wakaf unit amanah di Malaysia bagi meluaskan amalan berwakaf secara lebih dinamik pada masa hadapan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Wakaf, Unit Amanah, Fatwa
Subjects: BPH Islamic Economics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF)
Depositing User: Dr Aznan Hasan
Date Deposited: 18 May 2021 16:18
Last Modified: 18 May 2021 16:18
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/89847

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year