IIUM Repository

Dinamisme pembangunan harta wakaf menerusi mekanisme amanah pelaburan hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust I-REIT) di Malaysia

Sulaiman, Syahnaz and Hasan, Aznan (2020) Dinamisme pembangunan harta wakaf menerusi mekanisme amanah pelaburan hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust I-REIT) di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pengurusan Hal Ehwal Islam Di Malaysia, 11 Ogos 2020, Negeri Sembilan, Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (3MB) | Preview

Abstract

Pembangunan institusi wakaf memainkan peranan yang signifikan dalam menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sosioekonomi ummah. Objektif utama pembangunan harta wakaf adalah untuk menjamin kelestarian agihan manfaat kepada benefisiari bagi merealisasikan hasrat pewakaf demi memperoleh ganjaran pahala yang berterusan daripada Allah SWT. Masalah kekurangan sumber pendanaan merupakan antara isu utama yang dihadapi oleh sebahagian besar Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf (mutawalli) untuk memajukan aset wakaf secara mampan. Sehubungan itu, kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meneroka dan menganalisis potensi aplikasi instrumen pasaran modal Islam iaitu amanah pelaburan hartanah Islam atau Islamic real estate investment trust (I-REIT) bagi tujuan pembangunan harta wakaf di Malaysia. Metodologi kajian ini melibatkan kaedah triangulasi (triangulation) merangkumi kajian kepustakaan menerusi analisis dokumen serta temubual. Kajian ini mendapati bahawa I-REIT berpotensi untuk diaplikasikan sebagai salah satu mekanisme alternatif untuk memajukan aset wakaf meskipun berdepan dengan beberapa isu berbangkit. Kajian ini seterusnya mencadangkan dua model konseptual pembangunan wakaf menerusi mekanisme I-REIT bagi memperkasa peranan wakaf secara dinamik di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Uncontrolled Keywords: Kewangan Islam, wakaf, I-REIT, REIT Wakaf, Wakaf REIT
Subjects: BPH Islamic Economics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF)
Depositing User: Dr Aznan Hasan
Date Deposited: 23 Jun 2021 16:21
Last Modified: 23 Jun 2021 16:21
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/89843

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year