IIUM Repository

Wudhucation: Cadangan Modul Usrah di CFS

Ab Hamid, Nurliyana and Ab Hassan, Rauyani (2021) Wudhucation: Cadangan Modul Usrah di CFS. In: CFS Mini Conference 2021, 29 March 2021, IIUM Gambang. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (511kB) | Request a copy

Abstract

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda “Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna” (al-Bukhari, 5897; Muslim, 397). Wudhu’ merupakan rutin harian penting bagi kaum Muslimin yang dilakukan sekurang-kurangnya lima kali sehari. Berdasarkan kajian lepas (rujuk Rozaiza, 2002; Al-Mughalles et al, 2012; Johari, 2013), Muslim hari ini memerlukan 2 hingga 10 liter air untuk menyempurnakan wudhu’ sedangkan baginda hanya memerlukan satu ​madd atau kurang satu liter air bagi tujuan yang sama. Bahkan baginda pernah berpesan supaya tidak membazir air walaupun mengambil wudhu’ di sungai yang mengalir (​Ibn Majah, 425). ​Dengan bilangan pelajar lebih kurang 3500 orang, CFS membelanjakan RM 2,021.25 setiap bulan bagi tujuan wudhu’ sahaja. Sekiranya mengikut tatacara wudhu’ baginda, CFS boleh menjimatkan sehingga RM 1,617. Berpaksikan tema ‘Humanising Education Through Maqasid Shari’ah and SDG’ Wudhucation merupakan satu modul berpandukan teori Dual-coding dan kebolehbacaan (readability). Ia diulas menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan disokong oleh visual bagi memantapkan lagi pemahaman para pelajar. Mudah-mudahan modul ini disambut baik oleh pihak autoriti terutamanya pihak Masjid CFS untuk mempertimbangkannya bagi tujuan subjek Usrah di CFS.

Item Type: Conference or Workshop Item (Poster)
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Foundation Studies
Depositing User: Br Rauyani Ahmad
Date Deposited: 27 Jul 2021 10:24
Last Modified: 27 Jul 2021 10:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/89384

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year