IIUM Repository

Komunikasi visual dalam infografik khidmat masyarakat Covid-19 di media sosial

Johari, Arina and Rosly, Nurul Jamilah and Hashim, Nasihah and Yahya, Maizatul Azura (2020) Komunikasi visual dalam infografik khidmat masyarakat Covid-19 di media sosial. In: Webinar NARADATA 2020 Bahasa, Sastera dan Budaya Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Era Pandemik, 3 December 2020, Kedah, Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (7MB) | Preview
Official URL: http://slcp.uum.edu.my/

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti simbol visual semiotik yang digunakan dalam infografik pesanan khidmat masyarakat dan menganalisis makna sebenar yang ingin disampaikan berdasarkan pendekatan pragmatik. Data kajian menggunakan bahan infografik khidmat masyarakat mengenai isu Covid-19 “Kitalah Barisan Hadapan” yang dikongsi oleh Kementerian Pengajian Tinggi di laman rasmi Twitter pada 2 September 2020. Metode penelitian analisis ialah kualitatif dengan mengaplikasikan kerangka teori Semiotik Peirce (1839-1914) dan Teori Relevan oleh Sperber dan Wilson (1986). Dapatan kajian menunjukkan simbol visual dalam bahan kajian menepati tiga elemen yang digariskan dalam teori semiotik, iaitu bentuk, warna, dan tulisan & mesej; menginterpretasikan usaha mengajak masyarakat supaya bersama-sama membantu kerajaan sepanjang pendemik Covid-19 dengan menjaga keselamatan diri sendiri serta ahli keluarga. Ketiga-tiga elemen semiotik visual yang dikenal pasti turut memperlihatkan hubungan makna sebenar melalui penggunaan maklumat konteks dan andaian kognitif yang terdapat dalam teori Relevan. Dapatan turut meperlihatkan simbol-simbol visual dalam data kajian bersifat jelas, tidak taksa serta dapat difahami dengan mudah dan tepat oleh khalayak sekali gus menepati ciri kesan kognitif yang tinggi dan kos memproses yang rendah. Situasi ini membuktikan penggunaan kedua-dua teori dalam kajia ini telah dapat membantu memperjelas maksud simbol visual yang hendak disampaikan oleh pihak kerajaan kepada khalayak sekali gus mencapai matlamat komunikasi visual yang dikehendaki.

Item Type: Conference or Workshop Item (Other)
Additional Information: 4909/87178 Presented via online.
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: infografik, visual, media sosial, semiotik, dan teori relevan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H10 Societies
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 29 Dec 2020 16:58
Last Modified: 29 Dec 2020 16:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/87178

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year