Nordin, Mohamad Sahari and Zubairi, Ainol Madziah and Hussien, Suhailah and Tunku Ahmad, Tunku Badariah
(2020)
SEMINAR MAJLIS DEKAN PENDIDIKAN 2020
KERTAS INSTITUSI "KERANGKA PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ADAB PELAJAR".
In: SEMINAR MAJLIS DEKAN PENDIDIKAN 2020, 11-12 November 2020, ONLINE.
(In Press)
Abstract
Pengenalan- Kertas ini membentangkan satu kerangka konsep pentaksiran adab pelajar bagi menangani keterbatasan pemahaman dan panduan tentang pentaksiran adab di bilik darjah..
Objektif – Dengan bersandarkan makna dan matlamat pendidikan adab, ditanda aras dengan prinsip-prinsip pentaksiran untuk pembelajaran, kertas ini meninjau dan menganalisis pelbagai pemikiran, kajian dan amalan pentaksiran di bilik darjah.
Methodologi – Tinjauan dan analisis ini menggunakan pendekatan tinjauan deskriptif-interpretif ke atas penerbitan berkaitan dengan konsep, prinsip, kajian dan amalan pentaksiran non kognitif, afektif dan ada kaitan dengan aspek-aspek adab, termasuk pentaksiran aspek-aspek pembelajaran sosial dan emosi.
Dapatan – Pertama, matlamat pentaksiran yang menjadi sasaran pentaksiran konvensionalbelum cukup untuk memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kedua, sehingga kini ini tidak banyak bukti-bukti empris mengenai sejauh mana dan bagaimana kompetensi-kompetensi ini diintegrasikan dalam PdPc dan pentaksiran adab. Ketiga, seperti yang dibayangkan oleh Zuraidah Othman (2013), hirarki dan skala kompetensi adab yang berasaskan pemeringkatan aras kemuliaan dan keluhuran adab adalah penting dan perlu diberi perhatian dalam amalan pentaksiran. Keempat, pentaksiran yang berkualiti harus mempamerkan keseimbangan antara pentaksiran tentang pembelajaran adab dengan pentaksiran untuk pembelajaran adab. Kelima, kerangka pentaksiran adab seharusnya menggunakan amalan terbaik, iaitu pentaksiran 360 darjah.
Kepentingan – Pembentukan kerangka pentaksiran adab berpotensi menyumbang kepada usaha pemimpin pendidikan, dan golongan pembuat dan pelaksana dasar pendidikan kebangsaan, penyelidik dan para guru.
Actions (login required)
|
View Item |