IIUM Repository

Hukum penggunaan sex tech dalam hubungan suami isteri dan kaitannya dengan matlamat perkahwinan di dalam Islam

Ahmad, Bahiyah and Muhammad Daud, Zakiul Fuady and Musthapar, Nur Faezah and Mohd Marzuki, Zunaidah (2020) Hukum penggunaan sex tech dalam hubungan suami isteri dan kaitannya dengan matlamat perkahwinan di dalam Islam. E-Prosiding SHIS X 2020 (23). pp. 365-394. E-ISSN 978-967-5534-89-8

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (5MB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (407kB) | Request a copy

Abstract

Era Revolusi 4.0 bukan sahaja mencetuskan kemajuan pencapaian teknologi dalam bidang telekomunikasi malah dalam semua bidang mencakupi pembuatan dan kemasyarakatan. Tidak ketinggalan revolusi ini telah mencetuskan pelbagai ciptaan dalam teknologi seks yang disebut sebagai sex tech. Termasuk dalam sex tech ini adalah penciptaan pelbagai alatan sex toys termasuk robot seks. Teknologi sex tech ini bukan perkara yang asing dalam masyarakat kini kerana ia mempunyai nilai permintaan dan penawaran dalam kalangan pengguna Muslim sama ada mereka yang telah berkahwin mahupun bujang. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan hukum penggunaan sex tech menurut Islam terutamanya dalam hubungan suami isteri terutama kaitannya dengan matlamat perkahwinan di dalam Islam. Hal ini kerana penggunaan sex tech dalam hubungan suami isteri berisiko kepada matlamat perkahwinan dalam Islam dalam mencapai sakinah, mawaddah dan rahmah. Metodologi yang diaplikasikan dalam artikel ini adalah kajian kepustakaan melalui kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati hukum penggunaan sex tech di antara pasangan adalah menurut hukum maslahah di dalam Islam. Ia juga menuntut persetujuan pasangan dalam penggunaan alatan tersebut agar tidak menyimpang daripada kehalalan hubungan seksualiti dengan suami atau isteri sendiri, menepati matlamat perkahwinan dan tidak menyelahi hukum syarak. Kata kunci: Sex tech, Sex toys, Hubungan suami isteri, Matlamat perkahwinan.

Item Type: Article (other)
Uncontrolled Keywords: Sex tech, Sex toys, Hubungan suami isteri, Matlamat perkahwinan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP160 General works on Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: Zunaidah Mohd Marzuki
Date Deposited: 18 Dec 2020 20:20
Last Modified: 18 Dec 2020 20:20
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/86466

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year