IIUM Repository

Penggunaan kiasan dalam plot konflik filem: satu analisis pragmatik

Saimon, Aminnudin and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2019) Penggunaan kiasan dalam plot konflik filem: satu analisis pragmatik. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 10. pp. 57-74. ISSN 1823-6812

[img] PDF (Non IIUM) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (526kB) | Request a copy

Abstract

Bahasa kiasan merupakan satu bentuk bahasa yang diungkapkan bagi mengindahkan sesuatu perkara yang kurang elok atau mempunyai niat yang tidak elok. Pengungkapan bahasa kiasan dalam konflik ini mempunyai pelbagai tujuan, antaranya mengungkapkan ketidakpuasan hati, kekecewaan dan perkelahian. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa kiasan dalam plot konflik menggunakan pendekatan pragmatik. Data diperoleh menerusi filem Melayu yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad, iaitu Lanchang Kuning, Semerah Padi, Hang Jebat dan Seri Mersing. Hasil kajian mendapati bahasa kiasan banyak diungkapkan dalam plot konflik bagi menyatakan kekecewaan, perkelahian dan ketidakpuasan hati. Kajian ini juga membuktikan bahawa pengungkapan bahasa kiasan dapat difahami oleh komunikator berdasarkan pendekatan teori pragmatik. Kesimpulannya, penelitian terhadap bahasa dalam filem telah dapat menyerlahkan keperibadian, akal budi positif atau negatif dan kekreatifan masyarakat Melayu dalam menyampaikan sesuatu perkara dalam suasana konflik.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 9957/85809
Uncontrolled Keywords: Bahasa Kiasan, Konflik, Filem melayu, Pendekatan pragmatik
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 14 Dec 2020 11:55
Last Modified: 14 Dec 2020 11:55
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/85809

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year