IIUM Repository

Analisa fatwa di Malaysia berkaitan penggunaan dana zakat bagi tujuan projek pembangunan

Ahmad Sarkawi, Azila and Ahmad Sarkawi, Aznurullaili (2020) Analisa fatwa di Malaysia berkaitan penggunaan dana zakat bagi tujuan projek pembangunan. In: 4th International Virtual Conference on Zakat, Waqf and Islamic Philanthropy, 17th September 2020, Shah Alam, Selangor. (Unpublished)

[img] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (979kB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF - Supplemental Material
Download (804kB) | Preview

Abstract

Fatwa merupakan salah satu elemen penting dalam pentadbiran zakat di Malaysia. Ini diperuntukkan di dalam undang-undang pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada fatwa-fatwa berkaitan zakat yang dimuatnaik dalam e-SMAF (Sumber Maklumat Fatwa) yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sebanyak 129 fatwa berkaitan zakat dianalisa menggunakan metod analisis kandungan. Hasil kajian mendapati dua topik utama iaitu kutipan dan agihan zakat. Antara isu-isu di bawah kutipan ialah penentuan zakat fitrah setiap tahun, bayaran zakat secara elektronik dan zakat saham serta kaedah pengiraan. Di bawah agihan, isu yang timbul antaranya ialah ketetapan had kifayah, tafsiran asnaf dalam konteks semasa dan skim-skim bantuan zakat. Kajian ini seterusnya mengenalpasti isu-isu yang sering dikaitkan dengan penggunaan dana zakat bagi tujuan projek pembangunan seperti (i) pengurusan lebihan zakat, (ii) pelaburan wang zakat, dan (iii) agihan zakat dalam bentuk manfaat. Kajian ini mendapati penggunaan dana zakat bagi tujuan pembangunan berlaku di Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). Ianya digunakan dalam konteks keperluan asnaf kepada prasarana yang tertentu seperti rumah perlindungan warga emas dan muallaf. Malah, sinergi antara MAIN melalui agensi zakat serta pemaju dan Jabatan Mufti dilihat mampu untuk mewujudkan kerangka perolehan pembangunan yang berbentuk Islamik. Akhirnya kajian ini mengesyorkan beberapa perkara yang memerlukan kepada penelitian fatwa seperti (i) tafsiran lebihan zakat, (ii) metodologi pengiraan had kifayah, dan (iii) sumber-sumber zakat yang lain.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 2826/83621
Uncontrolled Keywords: Fatwa, Islam, Mufti, Projek Pembangunan, Zakat
Subjects: BPH Islamic Economics > BPH531 Zakat
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Architecture and Environmental Design
Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Urban & Regional Planning
Depositing User: dr azila ahmad sarkawi
Date Deposited: 23 Oct 2020 16:19
Last Modified: 19 Nov 2020 16:23
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/83621

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year