IIUM Repository

Bahasa Melayu klasik Dan bahasa Melayu moden: suatu analisis morfologi

Nazir, Faridah (2020) Bahasa Melayu klasik Dan bahasa Melayu moden: suatu analisis morfologi. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu 2020, 18/2/2020 - 19/2/2020, University Feng Chia (UFC), Taiwan.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Perbezaan ketara antara Bahasa Melayu Klasik dengan Bahasa Melayu Moden terutamanya dari segi perkataan (morfologi) telah mendorong pengkaji menjalankan kajian ini. Metodologi yang digunakan menjurus kepada kajian perbandingan menggunakan analisis kualitatif melalui kaedah analisis kandungan. Analisis kandungan dilakukan terhadap naskhah Bahasa Melayu Klasik, iaitu Hikayat Malim Deman, naskhah Bahasa Melayu Moden melalui novel Ombak Rindu dan dibandingkan dengan ciri-ciri morfologi yang dikemukakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2011). Novel Ombak Rindu dipilih memandangkan novel ini merupakan novel bestseller popular dalam bahasa Melayu moden yang telah diadaptasi menjadi filem. Pengkaji menganalisis kedua-dua karya yang dipilih berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2011) untuk aspek morfologi yang terdiri daripada (i) imbuhan, iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, bentuk fleksi, dan (ii) perkataan, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Dapatan kajian tentang ciri-ciri morfologi dalam novel Ombak Rindu menunjukkan bahawa terdapat penggunaan imbuhan, iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, bentuk fleksi, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Dapatan ciri-ciri morfologi dalam Hikayat Malim Deman pula adalah lebih kompleks dengan penggunaan kata pangkal ayat yang klise dan kuno; laras bahasa istana; kata penegas pun dan lah; perkataan berunsur Arab; penggunaan kata tunjuk, kata hubung dan kata bantu; penggunaan imbuhan awalan, apitan dan akhiran, kelainan penggunaan imbuhan serta kosa kata bahasa Melayu klasik

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Additional Information: 8640/82259
Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu Klasik; Bahasa Melayu Moden; Ciri-Ciri Morfologi; Hikayat Malim Deman; Novel Ombak Rindu.
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 18 Aug 2020 15:38
Last Modified: 18 Aug 2020 15:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/82259

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year