Hashim, Roosfa (2020) Mohamad Mahmud: cendekiawan, sejarawaan dan editor prolifik negeri Kelantan. In: Kolokium Antarabangsa Peradaban Wilayah Timur Laut (2020 : Kelantan), 27th-29th Februari 2020, Kota Bharu, Kelantan.
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (4MB) | Request a copy |
Abstract
Makalah ini bertujuan mengkaji sumbangan Muhamad Mahmud, sebagai seorang penulis dan editor dalam kerja-kerja beliau mendokumentasikan pelbagai aspek pensejarahan, dakwah dan syiar Islam di negeri Kelantan hingga ke selatan Thailand. Pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Kelantan tahun 2013, sebagai seorang cendekiawan Islam, Mohamad Mahmud telah dipilih sebagai Tokoh Hijratul Rasul peringkat negeri Kelantan. Mohamad Mahmud berkhidmat dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) antara tahun 1985 hingga 2005. Beliau menjadi Editor Majalah Pengasuh mulai 1991 hingga 2005. Di tangan beliau, Majalah Pengasuh dapat doterbitkan secara berkala setiap dua bulan sekali. Lebih 90 keluaran Pengasuh, mulai bilangan 501 (November - Disember 1989) hingga bilangan 591 (Mac-April 2005) berjaya diterbitkan di bawah kendalian beliau mengikut jadual. Beliau juga memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam bentuk perwajahan dan dalam isi kandungannya yang tampak lebih kuat dan bernilai ilmiah. Majalah Pengasuh pada saat beliau menjadi editor mempertahankan ejaan jawinya yang tersendiri yang diistilahkan sebagai "ejaan jawi Pengasuh". Semasa beliau menjadi Editor Tamu selepas persaraannnya, Mohamad membantu MAIK menerbitkan sejumlah 20 judul buku, merangkumi pelbagai bidang termasuk akidah, tasawuf, sejarah, akhlak dan lain-lain. Sepanjang perkhidmatannya dengan MAIK, beliau telah menulis dan menterjemah sejumlah 10 tajuk buku, ratusan esei dalam berbagai majalah, di samping telah menghasilkan lebih 20 kertas kerja atau makalah seminar yang telah dibentangkan dalam pelbagai seminar, kolokium atau wacana; baik di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa, dalam dan luar negeri. Kajian ini menyimpulkan bahawa Mohamad adalah seorang penulis dan editor yang paling prolifik di negeri Kelantan pada masa ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Invited Papers) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Malaysia, Scholarly writing, publishing, Mohamad Mahmud, MAIK |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Information and Communication Technology Kulliyyah of Information and Communication Technology Kulliyyah of Information and Communication Technology > Department of Library & Information Science Kulliyyah of Information and Communication Technology > Department of Library & Information Science |
Depositing User: | ROOSFA HASHIM |
Date Deposited: | 16 Dec 2020 11:20 |
Last Modified: | 11 Feb 2021 14:53 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/81642 |
Actions (login required)
View Item |