IIUM Repository

Pemahaman Al-Hikam Wa Amthal dalam kalangan pelajar Melayu pra-universiti

Abdul Rahim, Abdul Hadi and Mohd Nor Hazlee, Noorhazleena and Khalib, Khairul Akbar (2018) Pemahaman Al-Hikam Wa Amthal dalam kalangan pelajar Melayu pra-universiti. In: 5th International Conference on Research In Islamic Education and Arabic Language 2018 (ICRIALE 2018), 24th-26th January 2018, Bandar Seri Begawan, Brunei.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (932kB) | Request a copy

Abstract

Kebolehan berbahasa Arab sebagai bahasa asing dengan sempurna dan mufidah (memberi makna yang sempurna) bukan sahaja terletak pada pembinaan ayat yang biasa yang mana terdiri dari ayat berbentuk Jumlah Ismiah (ayat berdasarkan kata nama) dan juga Jumlah Feeliyah (ayat berdasarkan kata kerja). Kebolehan dan kemahiran menggunakan metafora di dalam bahasa Arab, secara khasnya penggunaan peribahasa (al-Hikam wa Amthal) juga di antara kriteria yang penting dalam penguasaan bahasa Arab sebagai bahasa asing. Seperti yang sedia maklum, peribahasa selalunya mempunyai maksud tersirat yang berbeza dari makna semantiknya. Kebanyakan kajian yang telah dijalankan lebih fokus kepada perbendaharaan kata dan juga cara pengajaran yang berkesan dalam bahasa Arab. Kurang kajian yang mendalami pembelajaran dan penggunaan bahasa Arab di kalangan pelajar/penutur Melayu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti (1) kebolehan pelajar Melayu pra universiti yang mempunyai latar belakang pembelajaran bahasa Arab memahami peribahasa Arab; (2) perbezaan pemahaman sudut peribahasa Arab mengikut jantina. Sampel kajian ini terdiri daripada 46 orang pelajar pra universiti di dalam pengajian asasi Bahasa Arab, mereka telah ditugaskan untuk menghuraikan maksud peribahasa Arab (al-Hikam wa Amthal) melalui lukisan poster. Mereka dikehendaki mendengar dan menyalin semula peribahasa tersebut seterusnya menterjemahkan ke dalam bentuk lukisan poster. Kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar mampu untuk memahami maksud tersirat dari aras peribahasa tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 9473/81093
Uncontrolled Keywords: kebolehan pragmatik, metafora, bahasa Arab sebagai bahasa asing.
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Depositing User: mr Abdul Hadi Abdul Rahim
Date Deposited: 16 Jul 2020 11:08
Last Modified: 07 Jan 2021 14:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/81093

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year