IIUM Repository

KPM “travel advisory” berkaitan jangkitan COVID-19 untuk warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Ahmad H.Osman, Rahmah (2020) KPM “travel advisory” berkaitan jangkitan COVID-19 untuk warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Policy Paper. UNSPECIFIED, Putrajaya.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (33kB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (384kB) | Request a copy

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum perkembangan terkini mengenai penularan jangkitan COVID-19 berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku di seluruh dunia, pihak KPM sangat mengambil berat kesihatan dan keselamatan warga KPM dan masyarakat secara umumnya. Sehubungan itu, dengan mengambil kira nasihat daripada KKM, pihak KPM menasihatkan semua warga untuk mematuhi arahan berikut: 1. Semua warga KPM (termasuk warga sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi) dikehendaki untuk menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 iaitu negara China, Taiwan, Macau, Hong Kong, Korea, Jepun, Itali dan Iran. 2. Semua warga KPM yang baru pulang dari negara terbabit diminta untuk menjalani home surveillance selama 14 hari. 3. Semua warga KPM yang telah mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang disahkan positif COVID19 dan telah menerima arahan home surveillance daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk mematuhi arahan KKM. 4. Semua warga universiti yang terlibat dengan COVID-19 dan menerima arahan home surveillance perlu memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab di IPT masing-masing. Contohnya seperti Pejabat Hal Ehwal Pelajar/Pusat Kesihatan/International Office. 5. Sepanjang tempoh home surveillance, semua warga KPM perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik serta mematuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 6. Bagi warga KPM yang perlu meneruskan perjalanan ke luar negara terutamanya negara-negara berisiko tinggi penularan COVID-19 perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:

Item Type: Monograph (Policy Paper)
Additional Information: 1537/81082
Uncontrolled Keywords: travel advisory, COVID-19, warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: PROF. DR. RAHMAH BT AHMAD H. OSMAN
Date Deposited: 13 Jul 2020 04:42
Last Modified: 14 Jul 2020 05:42
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/81082

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year