Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2017) Fail sulit mimpi: kupasan daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Telaga Biru Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. ISBN 978-967-388-341-1
|
PDF
- Published Version
Download (3MB) | Preview |
Abstract
Mimpi ialah suatu perkara yang signifikan dalam kehidupan seorang manusia, sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga tua. Semuanya pasti tidak akan terlepas daripada mengalami mimpi. Mimpi juga ialah sesuatu yang sangat subjektif untuk dihuraikan, sama ada bagi orang yang mengalami mimpi tersebut atau orang yang mendengar cerita daripada orang yang bermimpi. Mimpi setiap orang berbeza antara satu sama lain, maka sudah pasti huraiannya juga berbeza. Bahkan, persoalan mimpi ini juga bukan sekadar “mainan tidur” seperti yang sering diulang-ulang oleh anggota masyarakat kita pada hari ini kerana terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang berpegang bahawa mimpi ialah suatu hujah yang diterima pakai dalam syariat. Namun persoalannya, adakah benar ia boleh diterima sebagai hujah atau sebaliknya? Buku Fail Sulit Mimpi mendedahkan hakikat mimpi yang sebenar, yang sering menjadi persoalan selama ini. Ia membongkar tentang keabsahan karya berkaitan mimpi yang menjadi rujukan masyarakat pada hari ini. Setiap kupasan bersandarkan kepada al-Quran dan sunah. Disertai panduan yang diajarkan oleh Nabi dalam urusan tidur.
Item Type: | Book |
---|---|
Additional Information: | 3588/81013 |
Uncontrolled Keywords: | fail sulit mimpi, Al-Quran dan Al-Sunnah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP134.S3 Quran and Science |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) |
Depositing User: | Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim |
Date Deposited: | 24 Jun 2020 17:04 |
Last Modified: | 24 Jun 2020 17:04 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/81013 |
Actions (login required)
View Item |