IIUM Repository

Buku panduan amalan pendidikan berimpak tinggi (High-Impact Educational Practices-HIEPs) dalam matapelajaran pengajian umum

Abdullah, Shahrir and Alias, Nor Aziah and Elias @ Mayah, Aliza and Jusoh, Che' Razi (2019) Buku panduan amalan pendidikan berimpak tinggi (High-Impact Educational Practices-HIEPs) dalam matapelajaran pengajian umum. Jabatan Pendidikan Tinggi, Wilayah Persekutuan Putrajaya. ISBN 978-983-3225-22-4

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (34MB) | Preview

Abstract

Dokumen ini disediakan sebagai rujukan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kursus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) berasaskan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi atau High-Impact Educational Practices (HIEPs) untuk semua tenaga pengajar MPU di Institusi Pendidikan Tinggi. Dokumen ini juga adalah merupakan hasil Bengkel Master Trainer HIEPs kursus MPU yang telah diadakan bersama wakil Universiti Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta di dalam dua siri bengkel iaitu pada Mac dan April 2018 di Kuala Lumpur dan Puchong, Selangor. Penggunaaan amalan HIEPs di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), Lonjakan 1 berkaitan pemantapan kurikulum di mana penekanan perlu diberikan oleh IPT di dalam merekabentuk kurikulum yang holistik, bersepadu dan dijajarkan secara konstruktif dengan menekankan penggunaan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) yang merangkumi kejelasan kognitif dan konsep, kemahiran keusahawanan serta pembelajaran melalui pengalaman dan inovasi. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan HIEPs di dalam kursus-kursus umum di IPT khususnya dapat menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) untuk membangunkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Tinggi Kebangsaan. Graduan tersebut akan mempunyai ilmu yang relevan dan bersesuaian, berakhlak, serta dilengkapi penetapan minda, tingkah laku dan beradab. Terima kasih diucapkan kepada Fasilitator Bengkel Master Trainer HIEPs kursus MPU dan semua peserta bengkel ini yang telah memberikan kerjasama sewajarnya di dalam penerbitan bahan rujukan ini.

Item Type: Book
Additional Information: 4246/79281
Uncontrolled Keywords: Buku Panduan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi , High-Impact Educational Practices-HIEPs)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of General Studies
Depositing User: Dr. Aliza Elias
Date Deposited: 08 Apr 2020 16:32
Last Modified: 18 Apr 2020 17:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/79281

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year