IIUM Repository

Migrain: Apa yang anda perlu tahu

Che Man, Mohammad (2020) Migrain: Apa yang anda perlu tahu. The Malaysian Medical Gazette.

[img]
Preview
PDF
Download (536kB) | Preview

Abstract

Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala yang biasa berlaku, dengan purata sebanyak 2 hingga 15% daripada penduduk dunia pernah mengalaminya. Ianya berada pada tangga yang ke-20 penyebab ketidakupayaan seseorang, yang menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke kelas, tidak dapat bekerja, seterusnya mengurangkan tahap kualiti hidup mereka. Ianya melibatkan 15% golongan perempuan dan 6% dari golongan lelaki. Migrain paling kerap berlaku di antara umur 25 hingga 55 tahun. Ianya adalah jenis sakit kepala nombor 2 dalam hierarki setelah ‘tension type headache’. Apakah gejalanya?? Sakit kepala yang berterusan, mungkin2 hingga 72 jam. Sakit kepala yang teruk, biasanya terjadi pada sebelah kepala dan jarang dua-dua belah kepala, berdenyut-denyut dan menjadi lebih teruk apabila melakukan aktiviti fizikal. Sakit kepala bertambah teruk apabila terdedah kepada cahaya. Sakit kepala bertambah teruk apabila terdedah kepada bunyi bising. Kelihatan muka yang pucat. Loya dan muntah. Aura berlaku dalam 20% pesakit migrain. Antara gejala aura adalah seperti ‘flashing of light’, ‘shimmering zig-zag lines’ dan mengalami kehilangan ‘visual field’.

Item Type: Article (Electronic Media)
Additional Information: 6884/78919
Uncontrolled Keywords: migrain
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RA Public aspects of medicine
R Medicine > RC Internal medicine
R Medicine > RD Surgery
R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology
R Medicine > RS Pharmacy and materia medica
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011)
Depositing User: SR NUR FARHANA LATFI
Date Deposited: 27 Feb 2020 17:00
Last Modified: 27 Feb 2020 17:00
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/78919

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year