IIUM Repository

Penggunaan media dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak autisme

Hashim, Muhammad Faizuddin and Marjali, Elviza and Azahari, Zarith Sofina (2019) Penggunaan media dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak autisme. In: 3rd International Language and Tourism Conference 2019 (ILTC 2019), 18th-19th October 2019, Pagoh, Johor.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Autisme merupakan kecelaruan perkembangan yang membawa impak terhadap kemampuan seseorang kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Statistik terkini menunjukkan peningkatan dalam prevalens autisme iaitu 1 daripada 70 orang kanak-kanak akan menghidap autisme (Center for Disease Control and Prevention of United States, 2018). Hal ini membawa kepada kepentingan kesedaran masyarakat untuk mengetahui maklumat berkenaan autisme. Ibu bapa merupakan golongan paling dekat dengan perkara ini kerana autisme boleh dikesan seawal umur dua tahun. Hal ini menjadi peranan ibu bapa untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya jika anak mereka disahkan menghidap autisme. Maka, keperluan maklumat berkaitan autisme perlu disebarluaskan terutamanya kepada golongan ibu bapa untuk mengesan tanda-tanda awal autisme. Namun, bukan itu sahaja, keperluan penyebaran maklumat ini juga dilihat sebagai satu kepentingan untuk disampaikan kepada orang awam kerana masyarakat dilihat masih belum memahami dengan baik berkenaan autisme dan mula memberi tanggapan negatif terhadap golongan kanak-kanak sebegini. Kadang kala masyarakat terkeliru antara autisme dengan down sindrom walhal dua penyakit ini adalah berbeza sama sekali. Oleh yang demikian, media dilihat sebagai satu medium yang berupaya untuk menyebarluaskan maklumat malah ibu bapa juga turut menggunakan media untuk mendapatkan maklumat-maklumat autisme dalam mengendalikan anak autistik mereka. Jadi, kajian ini ingin meneliti penggunaan media dalam kalangan ibu bapa sama ada bagi mendapatkan maklumat mahupun menyebarkan maklumat berkenaan autisme. Kajian ini menggunakan kaedah temubual mendalam dengan menemu ramah 5 orang ibu bapa kanak-kanak autisme yang dipilih secara rawak hasil bantuan daripada Makmal Autisme Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ibu bapa yang telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini merupakan ibu bapa yang menghantar anak autistik mereka ke makmal autisme tersebut untuk mendapatkan khidmat pendidikan awal kanak-kanak autisme.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Additional Information: 9462/77858
Uncontrolled Keywords: Autisme; Ibu bapa; Media
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Foundation Studies
Depositing User: Muhammad Faizuddin Hashim
Date Deposited: 19 Feb 2020 12:10
Last Modified: 19 Feb 2020 12:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/77858

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year