Salleh, Mohamad Johdi
(2018)
Bab 3:
Amalan Terbaik Pengurusan Konflik Interpersonal Dalam Kalangan Guru-Guru
Sekolah Menengah, Malaysia: Persepsi Guru.
In:
Pembangunan Modal Insan.
UUM, Sintok, pp. 57-80.
ISBN 978-967-0910-40-6
Abstract
Pengurusan konflik interpersonal yang efektif sangat perlu bagi mengelakkan sesuatu konflik menjadi semakin parah yang seterusnya mengurangkan efisiensi dan produktiviti organisasi. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini membincangkan kajian terhadap punca-punca konflik, proses pengurusan konflik dan amalan terbaik dalam pengurusan konflik di sekolah. Kajian menggunakan kaedah convenient sampling yang berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji-pengkaji melibatkan responden seramai 200 orang guru di lima buah sekolah menengah di negeri Pahang, Johor, dan, Melaka. Item soal selidik diadaptasi dari soal selidik Rahim Organizational Conflict Inventory II (Rahim 1995, 2001), Thomas and Kilmann (2008), Mohamad Johdi dan Apitree (2010), dan Safarali (2012). Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistik deskriptif dan inferensi melalui Program Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) Versi 17.0. Hasil kajian dimensi “Punca-punca Konflik” menunjukkan skor tertinggi ialah ‘Persepsi yang berbeza adalah punca utama konflik di sekolah’ dengan min 4.18; dimensi “Proses Pengurusan Konflik Oleh Guru Sekolah” menunjukkan skor tertinggi adalah item ‘Kita perlu mencari sebab dan mengambil langkah untuk menyelesaikannya’ dengan min 4.29; dan, dapatan dimensi “Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Konflik Di Sekolah” menunjukkan min tertinggi 4.47 adalah item ‘Bekerjasama adalah langkah yang terbaik dalam pengurusan konflik’. Diharapkan hasil kajian ini memberi inspirasi kepada pihak sekolah, pengetua dan Kementerian Pelajaran merangka program atau kursus yang sesuai kepada guru berhubung dengan gaya pengurusan konflik yang efisien dan efektif demi meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi pendidikan di peringkat nasional dan internasional.
Actions (login required)
|
View Item |