IIUM Repository

Bab 2: Cabaran Globalisasi Terhadap Guru-guru Sekolah Menengah di Malaysia: Perspektif Guru

Salleh, Mohamad Johdi (2018) Bab 2: Cabaran Globalisasi Terhadap Guru-guru Sekolah Menengah di Malaysia: Perspektif Guru. In: Pembangunan Modal Insan. UUM, Sintok, pp. 33-56. ISBN 978-967-0910-40-6

[img]
Preview
PDF
Download (799kB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan cabaran-cabaran globalisasi terhadap guru-guru sekolah menengah di Malaysia berdasarkan persepsi guru. Responden terdiri daripada 600 orang guru terlatih pelbagai jantina, kaum, pengalaman mengajar, dan, lolaksi yang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Perak dan Selangor. Responden dipilih secara convenient sampling yang bertugas berhampiran dengan pengkaji, mudah memberi kerjasama dalam perlaksanaan kajian, dan, pengkaji-pengkaji pernah bertugas di sekolah-sekolah kajian. Respons daripada soalselidik dianlisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0 Windows yang dibentangkan dalam peratus. Dapatan kajian menunjukkan 77.7 peratus guru wanita bersetuju mereka ‘tercabar dengan keadaan globalisasi pada masa kini’ berbanding 74.3 peratus guru lelaki. Responden kaum India mencapai peratus tertinggi iaitu 100 peratus, diikuti oleh kaum Cina 87.2 peratus dan Melayu 71.9 peratus. Selanjutnya, 100 peratus responden berpengalaman 4 hingga 5 tahun mengajar bersetuju mereka tercabar dengan globalisasi. Manakala guru bertugas di luar bandar lebih tercabar dengan globalisasi mencapai 95.7 peratus bersetuju berbanding guru di bandar 51.8 peratus sahaja. Kajian ini diharap dapat memberi gambaran kepada pelbagai pihak dalam sektor pendidikan bagi mengatasi permasalahan yang wujud kesan daripada globalisasi yang sangat mencabar terutama guru-guru sekolah menengah. Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan perlu mengambil kira aspek ini agar mencapai hasil lebih berjaya demi kecemerlangan dan keperkasaan profesionalisme keguruan yang menjadi teras dan penggerak kelestarian pembangunan negara dalam merealisasikan Wawasan 2020 dan Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 serentak menempa pancaroba globalisasi.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 77047/777
Uncontrolled Keywords: : Cabaran Globalisasi – Guru-guru Sekolah Menengah
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 13 Feb 2020 18:32
Last Modified: 13 Feb 2020 18:32
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/77047

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year